Pages

Friday 7 October 2011

Dah semakin chubby anak Ummi & Abi (^_^)

Assalamualaikum wbt.

Semalam, 7 Oktober (Jumaat) Ummi dan Abi excited nak gi tengok kamu...alhamdulillah, Ummi adalah org pertama yang booking, so urusan scan dapat buat awal. Alhamdulillah...^_^

Jam 12 lebih lagi, Ummi dan Abi dah ada di Ampang. Sementara menanti waktu solat Jumaat, Ummi dan Abi berjalan2 dulu...cuci mata tengok kedai perabot..(konon2 nak beli) hehe...padahal nak survey harga je. Sejak beli perabot rumah yg Abi cari kat web mudah.my, Ummi pulak jadi teruja nak tgk perabot. Sje je...tak beli pun..^_^ suke2 je nak cari ilham untuk hias rumah...

Lepas dah cuci mata, Abi pun cari masjid berdekatan utk solat Jumaat. Kami main redah je, sbb Abi pun tak pernah solat Jumaat kat Ampang. Gamble je kami follow kereta sorg pakcik ni yang dah berpakaian baju melayu. (confirm nak gi solat kan?) ^_^ last2, kami jumpa jugak masjid. Thanx to pakcik yang jadi 'GPS' kami..he

Alhamdulillah, lepas selesai Abi solat Jumaat, Ummi pulak solat kat surau yg terletak berdekatan Klinik Fauziah. Ummi dan Abi lapaaaaaaaar sgt masa tu...huhu..mujur ada kedai makan buka betul2 depan klinik. Ummi dan Abi isi perut dulu lah...sebelum tgk kamu...

..and this is you, dear....our princess!


Picture 1: You try to open your eyes...^_^ so sweet...

Picture 2: You give us your 1st smile..~_^ we're soooo happy..we smile when you smile...

Picture 3: Your cheeks looked chubbier

Alhamdulillah, setelah hampir 40minit, smuanya selesai. Ummi dan Abi happy sangat2, especially when we see your smile and you try to open your eyes...Syukran ya Allah...

Lepas tu, Ummi dan Abi menuju ke Wangsa Melawati...for what??? 
Ummi dan Abi nak beli carrier, car seat and swing untuk kamu, sayang...



Hari tu, Ummi dan Abi rasa gembira, lega dan bersyukur, sbb kamu sihat dan perkembangan smuanya normal.

p/s: Nama untuk si kecil belum lagi muktamad...

Tuesday 4 October 2011

Hatiku gUmBira (^_^)

Assalamualaikum wbt...

Alhmdulillah....Allah bagi kami rezeki pindah ke rumah baru di Kajang. Rumah yg sederhana besar dan masih elok keadaannya. Rasa gUmBira sebab suke hias2 rumah...dan rumah ni lebih senang nak mengemas sbb saiznya kecil sedikit berbanding rumah sewa di Nilai dulu. Kebetulan, hari ni aku takde kelas, jadi boleh duk di rumah sambil kemas2 barang kami yg tak sempat diuruskan hari tu...byk kerja nak buat, tp suke sgt..he..^_^

Alhmdulillah, sedar tak sedar...usia baby dah nak masuk 7bulan. I'allah, nak gi scan hujung minggu ni...minggu depan pulak temujanji dgn Dr Khamsiah. FYI, baby kerap tendang2 skrg ni..alhmdulillah, sgt aktif. ^_^ . Kadang2 aku ketawa sndirian bila pegang perut ni...abg pun sama...^_^

Tentang nama pulak, aku dan suami belum pilih yg betul2 lagi. Macam2 nama pernah kami cari...kalau boleh tak nak panjang2 sgt sbb nama abang je dah 3 perkataan...kalau boleh nama anak biarlah 1 atau 2 perkataan je, yg penting nama tu punya makna yg baik.

Antara nama yg pernah terlintas di fikiran kami:
1. Nur Iman Insyirah
2. Ilham
3. Irdina Insyirah
4. Auni Irdina
5. Amna 
Wallahu'alam...nama yang mana bakal jadi pilihan belum tahu lagi. Ada orang pilih nama anak kat buku2..tp kami tak pulak cari2 buku utk letak nama anak, sekadar lihat2 kat internet je...kalau2 ada nama yg berkenan.

(Gambar hiasan)

Hmm...hati gembira tapi tak tahu dah nk tulis apa kat sini. ^_^...Insyaallah, nanti ada lagi entry baru.

Wassalam.