Pages

Sunday 8 July 2012

Iman Nabeeha yang 'mememel...'

Assalamualaikum wbt, kepada kalian yg sudi membaca coretanku di sini...
Ahlan wa sahlan...

Lama sungguh rasanya meninggalkan 'dunia blogging' ni. Atas kesempatan dan ruang yang ada, aku cuba menulis semula. ^_^

Alhamdulillah, ku mulakan dengan kisah anak kami yang COMEL @ mememel....di mata dan hati kami..=)

Kalau entry yg lepas, usianya ketika itu 3bulan...bila masuk usia 4bulan, Iman semakin bijak...semakin 'ramah' = banyak berbual dgn kami, dalam bhasa yang unik..he2...umi dan abi je yg faham dan kadang2 buat2 faham dan tak faham..=) . Syukur, Iman Nabeeha sangat aktif, perkembangannya cepat melangkaui 1bulan drpd umurnya. Cuma masalh kulitnya yg sensitif masih ada. Tapi, takpe, itu normal bagi bayi sekecil ini. Masa ni Iman dah boleh meniarap...badan dah semakin kuat. Dia suka mandi..dan dah boleh mula mandi dengan air paip biasa..tak perlu air suam sangat. ^_^

Masa ni umurnye 4bulan lebih...sempat posing sebelum jumpa doc utk sunatkan bby. Alhamdulillah, sume ok. Nangis pun kejap sgt. Bila ummi dukung je, terus senyap...Good girl!

Masuk bulan ke lima...perkembangannya semakin aktif...klu tak silap, masuk 5bulan setengah, Iman dh boleh guling2...kadang2 dia guling sampai ke tepi katil...huhu. Bahaya ni kalau tak perhatikan dia selalu. Harap2 tak la jatuh katil. Alhamdulillah, selalunya kami berada di sisi si kecil bila dia asyik pusing2 dan gulingkan badan dia atas katil. Iman semakin bijak dan aktif. Semakin banyak benda dia nak pegang dan yang paling best..smuanya nak masuk mulut. Hinggakan sofa yang besar kat ruang tamu tu pun, nak masuk dalam mulut..hehe..pintu bilik air pun dia nak makan..;) hehehe...o ye...masa ni, die sukeeeeeeee sangat mandi. Mesti excited bila bawa dia ke bilik air..=) tu yang sampai nak masukkan pintu bilik air dalam mulut yg comel tu...=)

Tanggal 29 jun 2012, genaplah umurnye 6bulan...asalnya Ummi nak sambut hari lahir yg ke 6 bulan..tp, tak kesampaian sbb Ummi ade exam dan Abi pulak ade kuliah maghrib masa tu. Takpelah..lain kali ye sayang...Kami cuma nak smbut kecil2an dengan suapkan dia solid food...tu je, =) sbb sblum ni kesian tgk Iman yg asyik merenung kami berdua bila kami makan...skrg Iman dh boleh makan selain susu..
Makanan pertama yg Ummi cuba bagi, bubur nasi+susu. Mmmm...Iman makan skit...biasa la, bby yg tak pnh makan bnda lain kecuali susu Ummi...tp, alhmdulillah..Iman makan juga walaupun macam2 reaksi muka yg ada. Bila dh boring dan kenyang, dia buat tak tahu je bila Ummi nk suap.

Iman Nabeeha yang mememel....ketika berusia 6bulan. Gambar ni diambil masa gi jalan2 kat Cameron Highland. Nenek yang dukung Iman...mekasih nenek. =)

Almaklum, bila dah semakin membesar, perangai pun berubah. Iman semakin bijak, dah mula kenal orang, tahu erti perpisahan (lebih2 lagi bile nak tinggalkan dia kat umah pengasuh...Iman menangis...T_T), semakin bijak meneroka (suke bermain...play more, learn more!), semakin MANJA...ni yang agak ketara sejak berusia 6bulan +++. 

Skrg ni, Ummi try bagi Iman bubur nasi+brokoli....waaa....mcm2 reaksi muka yg Iman buat...comot bile makan..hehe. Bila Ummi tambah skit kurma yg Ummi hancurkan, alhamdulillah selera makin bertambah. kurang comot! Tahniah Iman...^_^ dah pandai makan..

Thursday 29 March 2012

Assalamualaikum semua...^_^ Ummu Iman is here!

Assalamualaikum....

Mmm..rase2nye dah lame sesangat tinggalkan blog ni. Masa utk blogging sgt2 terhad setelah ada anak kecil ni. Ye la, as new parents, kami baru nak serasikan perubahan masa dgn kehadiran ahli keluarga. Mmg sgt2 berbeza! Yes, it's totally different!

(Ni gambar Iman Nabeeha semasa 2 minggu ditahan di Wad NICU, Hospital Serdang 
akibat jangkitan kuman semasa dilahirkan)

Ummi ada baca status kawan Ummi suatu ketika dulu dalam FB dia, kawan Ummi tulis;  
'Anak umpama Raja'. Kenapa? Sebab waktu kerja, study, rehat dll ditentukan oleh si kecil...he
Umminya kena selalu berada disisi...so, masa dia tidur adalah masa Ummi buat keje2 umah dll...bayi kecil, apa yg dia tahu. Kalau lapar, tak selesa, nak tidur...mesti menangis.Tangisan lah cara komunikasinya..kita smua dulu pun macam tu jugak kan?.

Waktu post ni ditulis, anak kecilku, Iman Nabeeha sedang lena diulit mimpi..^_^, jadi, ada la masa utk menulis. Hari ni, Nabeeha dah genap 3 bulan. Alhamdulillah, sejak berusia 2bulan lebih lagi dia dh pandai bertatih, senyum, meniarap dan hisap jari...^_^ Berat pun dah mencecah 5kilo lebih sekarang. 

Sebelum semester pgjian bermula,masa tu Nabeeha dah pun sebulan lebih. Ummi sgt2 risau sape la nak jagakan dia sepanjang Ummi pergi kelas. Kalau nak bagi minum susu pakai botol, MashaAllah...sgt2 susah. Anugerah Allah kpd semua bayi...boleh bezakan antara yg asli dan tiruan. Subhanallah! =)

Alhamdulillah, Allah takdirkan kami bertemu dgn keluarga pengasuh bayi dan kanak2. Syukur, kami berpuas hati bila Nabeeha dpt serasi dgn mereka. Walaupun kadang2 Nabeeha mengamuk sbb minum pakai botol. Kalau Ummi bagi....alamatnye, menangis la Nabeeha. Abi cuba bagi botol pun, tak mau juga...Mujurlah skrg Nabeeha dah boleh minum pakai botol, walaupun kadang2 menangis.

19 Mac yang lalu, Ummi dan Abi bawa Nabeeha jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjutan  (follow up).Bila jumpa pakar kat Hospital Serdang hari tu, alhamdulillah smuanya normal. Keadaan kesihatan Nabeeha baik2 je..cuma 3,4hari sebelum tu, Nabeeha demam+selsema+batuk skit. Kalau bby selsema atau batuk, doktor tak bagi ubat utk tu..sbb bby sgt kecil. Kalau bby yg 5 bulan ke atas, bru leh dpt ubat. Alhamdulillah, demam+selsema+batuk dah sembuh tak lama lepas tu.

Bila usianya mencecah 3 bulan ni, Ummi dah nampak perkembangan positif Iman Nabeeha. Alhamdulillah, kamu membesar normal + sihat. Ummi dan Abi suke sgt2 bila tengok Nabeeha ketawa. Kadang2 sampai tersedu..hihi...(tanda nak membesar)

Ok, Ummi nak berhenti dulu. Nak smbung buat kerja2 rumah. Kejap lagi kalau Puteri Iman Nabeeha bangun, Ummi tak menang tangan nak siapkan keje2 lain. 

Walau ape pun yg berlaku, Ummi dan Abi sentiasa menyayangimu dan mendoakanmu, Iman Nabeeha.

With Love,
Ummu Iman Nabeeha

Monday 2 January 2012

Detik-detik itu...

27hb Disember 2011

Alhamdulillah, masih sihat, kuat lagi berjalan. Dalam hati ni, risau juga sbb dah terlebih hari. Overdue! Sakit2 takde pun...semalam, bila jumpa Dr Sariah di Nilai pun, ok je kata doktor. Jadi, aku dan suami tenangkan hati...suami minta aku agar banyak bersenam dan berjalan. ^_^

28hb Disember 2011

Malam tu, aku sgt berselera. Mak dan abah baru je balik Kampar. Mak masak macam2. Ntah nape, aku kuat makan malam tu. Daging kicap, ayam halia, asam pedas dan tak ketinggalan bubur durian. Suami tersenyum melihat gelagatku makan. Sungguh berselera! ^_~ Kesihatanku juga masih baik...cuma...kadang2 kainku basah..tp skit je..tak tau la smda air ketuban atau apa..mak kata, air ketuban klu kluar, kuantitinya banyak..sampai boleh basah kain. tapi, yg ni basahnye skit sgt2..sebesar duit syiling 50sen je...so, aku tak ambil kisah sgt...

29 Disember 2011

(2.30 pagi)

Aku dan suami tidur di bilik sebelah yg ada air-cond. Sejuk plak rasanya. Tapi aku boleh tahan. Pukul 2.30 pagi, aku bangun, aku ajak suami menemaniku ke tandas. Sakit perut plak...mybe sbb aku makan macam2...then, alhmlh...masuk tidur smula.

(4.30 pagi)

Aku terjaga lagi...bangun utk ke tandas...berulang 3kali ke tandas..ntah la, rasa sakit tp tak tau sakit bhgn mana. Then, aku hnya mampu duduk di bilik kami, ok skit kut..sng nk masuk tandas...tp dh berulang kali masuk tandas, ttp sakit..huhu...tak trfikir lgsung yg tu salah satu tanda nk bersalin! 

(5.50 pagi) 

Aku bangun ke tandas lagi, tiba2...darah! eh...aku masih kurg pasti sbb tompokan darah sgt2 skit..takut2 aku yg silap tgk pagi2 buta ni. Sebelum ni rasa sakit2 tp tu bukan kontraksi sbnar...so, aku tunggu lagi...terduduk kat atas katil menahan sakit smpailah masuk waktu subuh. Ya! darah lagi! Aku segera mengejutkan suami drpd lena...awal2 td, kasihan nak gerakkan suami. Tapi ni dah tahap serius, sakit menjadi2 plak. Alhmdlh, aku masih mampu urus diri, mandi, bersiap2 dan solat subuh. Kami terus ambil kputusan utk masuk wad, wlupun pd asalnya hari ni adalah appointment ku dgn Dr Khamsiah. Rupa2nya....bukan hnya appointment...mmg kena jumpa jugak!

(7.30 pagi)

Kami tiba di HPAN. Aku terus daftar dan masuk wad. Nurse dtg cek bukaan...sbb aku bgtau yg darah dh kluar. Tak lama lps tu, Dr Khamsiah datang. Air ketubanku dipecahkan...bila Dr cek, bukaan dah 4cm...ya Rabb, dh buka besar...Suamiku setia menemaniku...saat kesakitan kontraksi dtg, aku genggam erat2 tangannya..tanda sakit yg amat...bila sakit lebih kerap dan amat sgt, aku menggeletar...ya Allah...aku berzikir...bernafas sedaya mungkin utk mengurangkan rasa sakit hingga kering tekakku. Suami byk membantu...stia disisiku...membacakan surah, doa, zikir dan mengusap2 tanganku. Suami membantuku apabila aku nak ke tandas. Kontraksiku semakin kerap....ya Rabb...aku keletihan menahan kesakitan...ku cuba mengelak drpd dibius, epidural dsb...namun, setelah bbrapa jam, bukaanku mnjdi 7cm...dan aku....akhirnya tewas, suami memberiku pilihan..smda ingin masih bertahan atau sebaliknya...akhirnya, aku dibius...semua sarafku dari pinggang ke bawah, dah tak rasa ape2. Tak sakit dan macam takde deria langsung. Kaki terasa sgt2 berat. Aku tak mampu gerakkan kakiku sendiri. Setelah dibius, aku terlena seketika dek kepenatan sblm ni.  

(1.30 ptg)

Dr Khamsiah dtg lagi. Beliau memeriksa bukaanku..sudah 9cm...nurse cuba mnta aku teran. Namun bby masih jauh di dalam. Aku kena tunggu dulu, hngga bby turun skit. Doktor kata, dalam tempoh sejam lagi, aku kena bersalin...takut bhya pada bby. Suhu badanku naik ke paras 39c. Masyaallah...ni dah dikira demam panas. Bila CTG dipasang, degupan jantung bayiku sgt2 laju..hingga ke tahap 180++. Bila demam masa deliver, mmg akan beri kesan pada bby. Nurse dah mula mnta aku meneran...alhamdulillah, dh nampak skit kepala bby...ada rambut. Lebat! kata suamiku..aku tersenyum memandang suami tercinta.

(4.00 ptg)

Dr Khamsiah dtg lagi. Kali ni doktor cek bukaanku...bukaan dah penuh. Dr Khamsiah dh mula mnta ku teran...aku gagal utk teran dgn betul. Deria rasaku tiada! Itu kekurgn epidural. Aku tak rasa apa2 dan sukar nak agk cara teran...berpeluh2. Merah mukaku meneran tanpa rasa apa2. Kepala bayi dh lama kelihatan, cuma sikit lagi tenaga diperlukan utk melepaskan keseluruhan bhgn kepalanya. Jika tidak, bby lemas. Akhirnya, setelah 15minit keadaan itu masih sama, doktor memutuskan utk guna vacum. Akhirnya....apa yg aku cuba elakkan, terpaksa aku hadapi. Namun, saat itu nyawa dan keselamatan bby lebih penting. Suamiku sempat berkta, nak bby lahir sebelum Asar ke selepas Asar? ^_^ kita target sebelum Asar ye..=)

(4.21 ptg)

Akhirnya, lahirlah serikandi kami...tak ku sangka, najis bby sudah keluar bersama. Lantas, aku dan suami menangis...Tangisanku bertambah bila bby diletakkan di dadaku dan pabila melihat suamiku turut mengalirkan air mata. Doktor mnta suamiku potong tali pusat anak kami. Aku rasa bersalah pada bby, lebih2 lagi bila lihat najisnya dah kluar bersama. Nurse segera membawa byi kami kluar utk dibersihkan. Aku memnta suami pergi melihat byi kami. Moga2 keadaannya baik2 semuanya. Aku terbaring, kepenatan dan ditakdirkan Allah, demamku sudah pulih. Dek kerana berpeluh2 meneran, aku sembuh. Alhamdulillah...

(5.00 ptg)

Kedengaran suara mak memberi salam. Mak melawatku usai aku siap berehat menanti makanan tiba. Lapar dan pening sbb tak makan lagi. Dah 2 kali baju aku ditukar krn muntah. Kesan ubat dan perut kosong. Aku tersenyum bila mak sampai, mak menitiskan air mata bila melihatku. Namun, mak bersyukur aku sihat. Tak lama lps tu, K.un dtg melawat. Alhamdulillah, hatiku semakin tenang...suami kmdn dtg menemaniku makan. Barulah hilang pening2 bila dpt makan. Suamiku kata, suara bby kami sgt2 comel..mcm prmpuan! he..mmg perempuan pun, abgku syg...smuanya normal! Bayi kami diletakkan di nurseri. Bila hampir maghrib aku pun dipindahkan ke bilik. Aku diminta utk berehat dulu dan bila dah kuat skit, baru boleh bjln tgk bby. Aku akur, walaupun teringin nak menatap wajah si kecil kami. 

Setakat ni dulu coretanku...setakat yg ku ingat...kenangan abadi terpateri selamanya...291211

~Tak sangka dah bergelar Ummi...~

Tuesday 20 December 2011

Kemas2 rumah

Alhamdulillah, semalam Ummi dah habis kelas terakhir....menandakan semester pertama Ummi di UKM telah pun tamat. Tunggu nak exam plak. (^_^) Sedar tak sedar, dah selamat menempuh 1 semester. 
Petang tu, Ummi dan Abi ke kedai perabot, sbb Abi dah tempah meja jepun baru. Cantik dan kemas. Murah2 je harganya. Sampai je kat rumah, Ummi dan bby tolong Abi angkat meja...waaaa...kuatnya Ummi..terima kasih baby syg sbb kuat tolong Ummi..hehe. Akhirnya, meja yg berat tu selamat diangkat '3' orang.

Lepas maghrib plak, tauke jual sofa dtg. Sofa baru rumah kita dah sampai..^_~. Abi happy sgt2! So, bermulalah episod gotong royong kemas rumah. Abi sgt kreatif utk susun atur perabot berbanding Ummi. hehe..Citarasa pun tinggi. Akhirnya, ruang tamu siap dikemas. Cuma ada skit2 lagi barang je lagi. Ummi dan Abi kepenatan tapi hati gembira.^_^

Terima kasih Abi, sbb sediakan perabot rumah yg cantik dan selesa. Abi siap gitau, nanti Ummi leh susukan bby kat sofa baru yang selesa, sesuai utk ibu bersalin, hehe..

Sebelum Ummi dan Abi masuk tidur, kami solat Isyak dulu. Abi dah terlelap kat sofa smntara tggu Ummi habis solat.

(^_^) thx a lot Abi!

With Luvs,
Ummi

Friday 16 December 2011

Adakah aku benar2 bersedia???

Hari kian berlalu, dari sehari ke sehari....
Sedar tak sedar, aku kini bakal bergelar Ummi. Usia perkahwinan yang masih muda...malah dilimpahi pula rezeki zuriat dalam jgka masa yg singkat, kurasakan indah. Alhamdulillah. Itu hajatku sebelum ini.

Aku ingin hadiahkan zuriat ini buat suami tersayang. Aku ingin bahagiakannya. 

Di saat ini, kelahiran si kecil boleh terjadi pada bila2 masa shj. 

Terkadang aku tertanya2 adakah aku benar2 bersedia memikul tanggungjawab seorang Ummi. Apabila melihat kakakku yg baru dikurniakan anak sulung. Penat lelahnya, berkorban masa, tenaga dll semata2 utk menjaga anaknya dgn baik. Kasihan melihat dia menguruskan anaknya. Ini membuatkan aku berfikir, macamana agaknya aku nanti? Tanggungjawabku sbg Ummi dan dalam masa yg sama sbg seorg isteri dan pelajar. 

Menjadi Ummi bukanlah mudah. Nak jaga amanah yg Allah beri padaku dan suami. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan, kesihatan yg baik dan ilmu utk mencorakkan amanahMu ini. Kurniakan aku jiwa yg penuh tenang dan kasih, agar dapat aku memberi ketenangan dan kasih pada zuriat kami dan insan2 di sekelilingku. Amin.

Tak terdaya aku, tanpa rahmat dan kasih sayangMu. 

Aku mohon ya Allah, bantulah hambaMu ini....(-_-)



~tinta hati bakal ibu~
     Noorsyuhada

Thursday 15 December 2011

16 Disember 2011

Hari ni hari Jumaat.

Sunyi rasanya....Abg berada jauh di perantauan. Menjalankan amanah dan tugas yg perlu disiapkan. Abg akan buat 2 episod Kes Akidah di Indonesia dan lepas tu Abg boleh bercuti panjang....^_^ bestnyeeee...abg bleh jaga sayang dan baby. Jadi, senang skit bila abg ada di sisi. Kalau ada apa2 hal kecemasan, senang. I'allah.

Abg, sayang tunggu kepulangan abg. Sayang tak harap abg bawa balik hadiah dr sana, hadiah terbesar yg sayang harapkan adalah kepulangan abang dlm keadaan sihat dan selamat.

Moga Allah memeliharamu. Amin. ^_^

Luv u,
Sayang

38++ Weeks

Khamis, 15 Disember 2011

Hari ni Ummi dijadualkan bertemu Dr Khamsiah. Nak skodeng2 baby dan cek kesihatan Ummi. Sedihnya, hari ni Ummi datang ke klinik tanpa Abi. Abi ada urusan kerja yg perlu diselesaikan. Terima kasih pada K.Nurul sbb sudi teman Ummi ke klinik. Syabas juga pada Muaz, sbb tak byk kerenah pagi tu. Tq (^_^)

Bila turn Ummi sampai, Ummi masuk jumpa doktor sorang2. Rasa lain macam plak tanpa Abi di sisi. Tak mengapalah, sbb Abi ada hal lain masa tu. Doktor cek si kecil dan alhamdulillah, keadaan kamu normal, jantung aktif, air ketuban masih cukup dan kedudukan kamu juga bagus. Dr Khamsiah rasa kamu akan membesar sikit lagi. Sebab Ummi pun takde rasa mcm sakit2 bersalin lagi. Jadi, minggu depan kena dtg jumpa lagi...22 Disember 2011. Mungkin tu yang terakhir sebelum Ummi bersalin.

Bila dh selesai urusan smua, Ummi ke kaunter bayaran. Masa tu, Abi sempat datang ke klinik. Pada mulanya nak ajak Abi tgk bilik2 bersalin. Tapi, smuanya penuh. Takpelah...lum rezeki. Apa2 pun, syukurlah sbb smuanya dah selesai. Terima kasih skali lagi pd K.Nurul dan Muaz sbb tolong teman Ummi smpai habis urusan. 

Oh ye, malam ni Abi akan ke Indonesia. Ummi sedih (T_T) . Kena tinggal sorang2 dalam tempoh 5 hari.  Abi dah pesan pada si kecil supaya tunggu Abi balik, baru keluar ye...dan pastinya Ummi rindukan Abi. Gurau sendanya, usap lembutnya, gelagatnya dan smuanya...yang pasti, petang tu Ummi menangis bila hantar Abi di KTM Kajang. Air mata sgt murah ketika itu. Menjelang malam pula, Ummi menangis lagi....Abi, moga Allah menjagamu dan dipermudahkan urusanmu. Amin.

~salam rindu penuh cinta~
Ummi