Pages

Wednesday 27 July 2011

'Chumel' kami dibelasah! (-_-)

 (Sekadar Gambar Hiasan)

......(-_-)

Tak mampu rasanye nak cakap apa2 bile lihat 'Chumel' kami di kopak2 badannya. Abg macam nk pitam bile tgk keadaan Chumel.

"Sayang, ade org langgar kereta kite,"suara cemas abg membuatku kaget. Cepat2 aku kluar kereta dn pergi ke bhgn pintu kanan belakang Chumel...ya ALLAH.........

Kami lihat ade kesan ketuk dan calar sedikit di bhgn belakang pintu kiri. ...speechless!

"Abg rasa ade org cuba umpil kereta kite ni. Tp tak tau la bile," ujar suamiku, serius.

"Ye la bang...syg rasa ade org cuba nk buka kete kite ni...ya Allah...banyak nye..!"

Walaupun tak terlalu teruk kesan ketukan di bhgn pintu, tp kesannye boleh dilihat. Kami berdua sedar benda ni bile abg nk cuci Chumel kat car wash di Warta, Bangi. Semalam aku temankan abg pergi kerja...

Kami pun tak tahu la bile masa org jahat tu buat hal...samada waktu kami gi makan tghari atau lps Zohor.

....

(TO BE CONTINUED)

Tuesday 26 July 2011

Rumah Oh Rumah...~_~

Jom, pindah rumah baru...^_~
(-_-) 2 bulan lepas, owner rumah sewa kami naikkan harga, drpd RM500 kpd RM600..huhu, cuba la bayangkan..kami hny duk berdua, baru je kahwin, abg pun bru je keje...tup2..harga sewa rumah dinaikkan pula..-_-. Sejak tu, kami rase nak pindah! Nak cari rumah plak bukannye senang...kdg2 harga dh ok, tp keadaan rumah plak tak sesuai..yg sesuai plak..kdg2 dh ade org booking awal..dan kdg2 harganye lebih bajet kami...

Cobaan....

Cari punya cari...tak dapat2...last2 jmpa dgn 1 rumah ni..betul2 depan rumah kakakku di Kajang. Tapi rumah tu untuk dijual..(-_-) aku rase..erk..utk dijual?! tapi bunting kat tingkap umah tu tulis 'for SALE/RENT'...ape boleh buat...

Aku pun bgtau kat mak yg rumah dpn tu utk dijual, bukan utk disewa..rupe2nya...mak aku berkenan dgn rumah tu. Mmg aku akui keadaan rumah tu dalam keadaan yg baik. Klu nk beli pun tersgt ok, sb harganye pun hnya RM73K shj...(mane nk dpt rumah harga camtu skrg...) Fikir punya fikir, bincang punya bincang...akhirnya kami sepakat nk beli rumah tu...tp atas beberapa sebab, kakak menawarkan diri utk bantu kami beli rumah tu, dan kami sewa murah2 je dgn die..^_~

Bile dah byr deposit...kami dijanjikan sblm ni 'dapat kunci rumah'..tup2..blum leh dpt lagi...kena selesaikan dulu urusan peguam..hu2..oklaa...

Nak dijadikan crta, rupa2nye, ade masalah dgn jual beli apartment kt situ. Takde geran yg dikeluarkan oleh pemaju, dan pemilik rumah pun takde geran...so, ni yg jd masalah buat kami. Hu2..mak dh risau takut2 kami kena tipu...kakak pun dh naik angin, sb agen rumah tu mcm melambat2kan urusan pulang semula deposit...aku plak rasa tak puas hati...hu2, suami pun sama..ye la..abis masa, tenaga, minyak kereta nk urus benda2 ni...

Cobaan....

Dan hari ni, aku dan suami nk gi jmpa agen dan pemilik rumah tu..nk ambil smula deposit. Hajat kami nk berpindah masih tertangguh...and 4 the good news is - owner rumah sewa kami yg skrg ni turunkan smula harga sewa kepada hrga asal lps bbrapa minggu kami ckp nk pindah rumah! Macam2.....anyway, thx a lot!

Bagi aku, semua yg berlaku, ade hikmahnya...mgkn ini yg terbaik buat kami masa ni...^_^ byk pgjrn dan pglmn yg kami dapat drpd apa yg dh terjadi...

-TaMaT-

Monday 25 July 2011

Next appointment with doctor (^_~)

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, hr ni ade mood nak menulis kembali.

Hari Sabtu (ptg) aku ditinggalkan suamiku...(-_-) bukan ditinggalkan ape..tapi suamiku kena join 'team building' bersama semua staff TV Al-Hijrah di Nur Lembah Pangsun. Sedihnye...sebab kena tinggal..duk kat umah sorg2..takut jg sb tak pnh ditinggalkan semalaman berseorgn...tapi, demi tggjwb abang, aku berkorban...(buat2 berani la duk umah sorg2..hu3).

Esok paginye (Ahad), abg mnta izin dr boss utk balik awal. Sememangnya kami berdua merancang untuk bertemu doktor hari ini. Alhamdulillah, boss bgi 'green light'....yeeay! ^_~

Dlm pertemuaan minggu lepas, doktor pesan supaya bawa keputusan ujian darah yg pernah aku jalani dulu. Keputusan darahku baik, cuma kuantiti hemoglobin agak kurang sedikit. Aku dinasihatkan agar makan banyak kurma sb kurma ni membantu utk tambah darah..he2..(ye aku tahu kurma sgtttt baik utk ibu2 hamil, tp entahlah..aku tak brapa gemar makan kurma sb aku rase kurma ni manissssssss sgt) -_- but, I have to eat KURMA by today and onwards...4 me and especially my baby..^_^

p/s: abang, tlg bg syg semangat utk suke makan kurma ye..^_~

Untuk pertambahan berat badan pula, alhmdlh, normal...hnya naik 1kg dlm tmpoh sebulan..it's ok and good enough. Lpas analisa kptusan darah, aku dan abg menuju ke bilik scan...doktor nk cek perkembangan baby...how are you dear? ^_^

Comeeeelll sgt bile tgk baby berpusing2...sian doktor nak cari kaki baby susah sikit. Lama jgk la..sb baby aktif pusing2..jantina pun susah nk nampak.he3...mybe dia malu2 lagi. Takpe, yg penting perkembangannya sihat wal 'afiat. Macam2 gaya baby buat..kejap pusing ke kiri, kejap ke kanan..kejap mcm sujud, baring dll..he3...KUASA ALLAH...diciptakan manusia dari setitis air...Subhanallah!

Agak lama cari bhgian kaki baby, akhirnya jmpa la jgk..wlupun tak jelas sgt. But, it's ok. Nanti kite cek lagi ye. Skrg dh minggu ke-17. I'm happy...yeah, my hubby also is very happy..we can see his/her moving, fast heart beat, brain, eyes, nose, ears..^_^  etc.

When our baby becoming 18th weeks, we should see specialist. So, if anything happened within 18 weeks, we still can do sth, or else..nothing, biiznillah. So, dear hubby, we should go to the hospital that we planned to delivering our 1st baby..^,^

Till now, see you on the next entry..^_^

Thursday 21 July 2011

...peranan bakal papa ketika menanti kelahiran...^_^


Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Kelas antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.

Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian        
 belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.

Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.

•Air ketuban pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula..
•Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. 

Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.

Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

-artikel diambil dari Pa&Ma-

p/s: Abi..are u ready? (^_^)V...

Tangisan Cara 'si kecil' Berkomunikasi

Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.

Lapar
Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.

Basah
Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.

Keselesaan
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai  hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.

Suhu bilik
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.

Kolik
Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut  dengan minyak telon melegakan si manja. 

Berasa letih dan mahu tidur
Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).

Baju terlalu tebal
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas. 

artikel ni dipetik dari mjlh Pa&Ma

(^_~) Kisah Santai Suami Isteri

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.

Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.

" Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.

Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang.

Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.

Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.

" Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

p/s: kisah ni aku ambil dari blog org lain...saje2 nk share di sini. Dalam senyum tawa, ada pgjrn di sebaliknya. ^_^

Wednesday 20 July 2011

4 bulan kemudian (^_^)

18 Julai 2011@ Klinik Mediviron

Alhamdulillah, pagi itu aku dan suami pergi klinik untuk memeriksa kandunganku. Walaupun tarikh asal temu janji doktor pada 17 Julai, dek kerana hal2 tertentu, kami menundanya dan kami pergi ke klinik panel TV Al-Hijrah, Klinik Mediviron yg terletak di Giant Nilai. Suamiku rinduuu sgt nk tengok baby. (^_^) He was so excited !! =)

Doktor Aniza yg bertugas hr itu, syukurlah...aku menyenangi cara dia melayanku. Peramah dan mesra. Kemudian aku terus ke bilik 'scan'. Tersenyum2 suamiku menantikan doktor meletakkan alat 'scan' di atas perutku. Tersenyum aku melihat si kecil bergerak2 ke kiri dan ke kanan. Kelihatan si kecil meghisap jarinya yg kecil molek. ^________^ bahagia htiku melihatnya. Doktor melihat ukuran kepala, perut, kaki dan tangan baby. Ada satu perasaan yg aku sendiri tak tahu nak ungkapkan, yg pasti aku bersyukur dan gembira. Moga2 perkembangan si kecil normal dan smuanya baik2 belaka. Ameen ya Rabbal A'lamin.

(Si kecil kami yg comel ~ Rabbi Habli Min Assolehin, amen)
Suamiku sgt2 teruja, kerinduannya melihat si kecil kini terubat. Kami meminta pendapat doktor tentang persediaan bersalin dan hospital2 yg sesuai. Alhamdulillah, kini tggal lagi 5 bulan sebelum kelahiran cahaya mata kami yang pertama. Banyak perkara yg perlu aku dan suami fikirkan...proses bersalin, kelengkapan baby, kos makan minum ahli rumah yg bertambah dll. Rabbuna Yusahhil Umuronaa....ameen.

Friday 1 July 2011

Assalamualaikum...Syabas My Hubby! ^_^

My hubby in "Assalamualaikum" with his colleagues

Alhamdulillah,

Entry ini ku tulis usai menonton encik abang di TV Alhijrah, rancangan "Assalamualaikum". Hari ini, abg bertugas mengandalikan segmen "Misteri Alam Melayu". Tahniah abang, krn menunjukkan peningkatan dalam bidang pengacaraan. 

Mula berjinak2 dalam dunia penyiaran sbg DJ kampus. Bakat yg ada beserta kemahiran berkomunikasi dapat diasah sebaik mungkin. Kemudian, berpeluang menjalani latihan industri di stesen TV Alhijrah. Walaupun pada awalnya, abang tidak serasi dgn suasana kerja sebegitu. Tapi, lama kelamaan abang semakin jatuh cinta dgn kerjayanya. Alhamdulillah, rezeki dtg satu persatu. Akhirnya, abg ditawarkan bekerja di situ sbg wartawan penyiaran dan pengacara. Cabaran dan ujian jg abg hadapi sepanjang bekerja disitu. Lumrah. Tidak susah nak susah, dan tidak senang nak senang. ^_^

Sayang yakin, abang boleh pergi lebih jauh. Moga anugerah yg Allah beri pdmu, akan dimanfaatkan di jalan yg betul. Jadikan kritikan dan komen sebagai titik perubahan yang positif....Segalanya Bermula Di sini...^_^

Teruskan usahamu...berdakwah melalui media. Man Jadda Wajada.