Pages

Thursday 29 March 2012

Assalamualaikum semua...^_^ Ummu Iman is here!

Assalamualaikum....

Mmm..rase2nye dah lame sesangat tinggalkan blog ni. Masa utk blogging sgt2 terhad setelah ada anak kecil ni. Ye la, as new parents, kami baru nak serasikan perubahan masa dgn kehadiran ahli keluarga. Mmg sgt2 berbeza! Yes, it's totally different!

(Ni gambar Iman Nabeeha semasa 2 minggu ditahan di Wad NICU, Hospital Serdang 
akibat jangkitan kuman semasa dilahirkan)

Ummi ada baca status kawan Ummi suatu ketika dulu dalam FB dia, kawan Ummi tulis;  
'Anak umpama Raja'. Kenapa? Sebab waktu kerja, study, rehat dll ditentukan oleh si kecil...he
Umminya kena selalu berada disisi...so, masa dia tidur adalah masa Ummi buat keje2 umah dll...bayi kecil, apa yg dia tahu. Kalau lapar, tak selesa, nak tidur...mesti menangis.Tangisan lah cara komunikasinya..kita smua dulu pun macam tu jugak kan?.

Waktu post ni ditulis, anak kecilku, Iman Nabeeha sedang lena diulit mimpi..^_^, jadi, ada la masa utk menulis. Hari ni, Nabeeha dah genap 3 bulan. Alhamdulillah, sejak berusia 2bulan lebih lagi dia dh pandai bertatih, senyum, meniarap dan hisap jari...^_^ Berat pun dah mencecah 5kilo lebih sekarang. 

Sebelum semester pgjian bermula,masa tu Nabeeha dah pun sebulan lebih. Ummi sgt2 risau sape la nak jagakan dia sepanjang Ummi pergi kelas. Kalau nak bagi minum susu pakai botol, MashaAllah...sgt2 susah. Anugerah Allah kpd semua bayi...boleh bezakan antara yg asli dan tiruan. Subhanallah! =)

Alhamdulillah, Allah takdirkan kami bertemu dgn keluarga pengasuh bayi dan kanak2. Syukur, kami berpuas hati bila Nabeeha dpt serasi dgn mereka. Walaupun kadang2 Nabeeha mengamuk sbb minum pakai botol. Kalau Ummi bagi....alamatnye, menangis la Nabeeha. Abi cuba bagi botol pun, tak mau juga...Mujurlah skrg Nabeeha dah boleh minum pakai botol, walaupun kadang2 menangis.

19 Mac yang lalu, Ummi dan Abi bawa Nabeeha jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjutan  (follow up).Bila jumpa pakar kat Hospital Serdang hari tu, alhamdulillah smuanya normal. Keadaan kesihatan Nabeeha baik2 je..cuma 3,4hari sebelum tu, Nabeeha demam+selsema+batuk skit. Kalau bby selsema atau batuk, doktor tak bagi ubat utk tu..sbb bby sgt kecil. Kalau bby yg 5 bulan ke atas, bru leh dpt ubat. Alhamdulillah, demam+selsema+batuk dah sembuh tak lama lepas tu.

Bila usianya mencecah 3 bulan ni, Ummi dah nampak perkembangan positif Iman Nabeeha. Alhamdulillah, kamu membesar normal + sihat. Ummi dan Abi suke sgt2 bila tengok Nabeeha ketawa. Kadang2 sampai tersedu..hihi...(tanda nak membesar)

Ok, Ummi nak berhenti dulu. Nak smbung buat kerja2 rumah. Kejap lagi kalau Puteri Iman Nabeeha bangun, Ummi tak menang tangan nak siapkan keje2 lain. 

Walau ape pun yg berlaku, Ummi dan Abi sentiasa menyayangimu dan mendoakanmu, Iman Nabeeha.

With Love,
Ummu Iman Nabeeha