Pages

Friday 18 November 2011

Sambung belajar vs Bekerjaya

Sementara menanti kedatangan Abi, Ummi duduk iktikaf kat masjid sambil2 berfikir tntg Abi tersayang. Antara yang sedang bermain2 di fikiran sekarang, Abi nak sambung belajar @ kerja dulu....so, Ummi just jot down these....

Sambung belajar;
1. Masa bersama Ummi dan bby lebih banyak
2. Tak risau untuk tukar2 giliran jaga anak
3. Tekanan kerja tiada
4. Boleh susun masa dgn teratur
5. Lebih tenang
6. Ada masa nak gi solat jemaah + dengar kuliah agama
7. Masa rehat + makan + study bertambah baik insyaallah
8. Lebih kena pandai berjimat cermat (sbb kewangan agak terbatas)


Bekerjaya
1. Masa untuk Ummi dan bby terbatas
2. Kena cari org untuk jaga anak (esp klu Ummi ada kelas)
3. Tekanan kerja + jem kat jalan (hampir setiap hari)
4. Masa tak menentu, arahan bos bila2 je 
5. Kepala serabut + sakit kepala datang
6. Masa solat berjemaah kurang + dgr kuliah agama pun kdg2 terbatas waktunya
7. Masa rehat + makan tak menentu, kesihatan boleh terganggu
9. Boleh berbelanja dgn happy walaupun kena jg beringat2

Apa2 pun, ada lebih dan kurangnya bila kita ambil satu2 keputusan. Ada risikonya. Moga Allah berikan yang terbaik buat Abi, Ummi dan baby. Rabbana yusahhil umurona. Moga Allah berikan yang terbaik untuk kita, ameen.

Wednesday 16 November 2011

Eiduladha 2011

Assalamualaikum wbt

Tajuk entry kali ni, nampak mcm dh lambat sgt. Walau ape pun, just want to write something to express my feeling about this eid 2011. ^_^ Alhamdulillah, kali ni beraya kat umah Mak. Masa ni berpeluang brkumpul dgn sume adik beradik. Jarang2 skali nak tunggu smua ada serentak. 

Tahun ni jugak, Mak dan Abah dah naik pangkat. Cucu sulung, Muhammad Muaz menjadi penyeri rumah kami. Walaupun slalu nangis2...normal la tu..masa ni baru je sebulan lebih dia menjenguk dunia. Nak tgk muka dia yang paling comel, masa dia tgh tidor dan ngigau sambil tersenyum.hehehe...

Pagi raya tu, kami solat sunat kat surau depan rumah. Time solat tu, masih tak perasan sape la yg jadi imam. Bila dah nak habis imam baca Fatihah, baru la cam..........^_^

"Hmmmm...abang?"  ^_~

Bila dah habis solat, kami smua balik umah. Abang excited crta kat kami smua cmne dia boleh 'ter'pilih jadi imam pagi tu. Takde persediaan ape2..agak mengejut jugak la. Tapi alhamdulillah, abg mampu lakukannya. ^_^ Then, kami bergambar bersama2. Tahun ni bertambah seri gambar raya dgn kehadiran anak sedara, Muaz. Mak lah orang yang aku lihat sgt2 hepi dan bersemangat bila ada Muaz. Alhamdulillah, mak sihat dan mampu jaga cucu yg sorg ni. Mak kate, bila Muaz pergi Ipoh, (umah Tok 1 lagi), sunyi plak rasanye. Hee...(mak tunggu ye, lps Muaz, cucu kedua pulak bakal menyusul, insyaallah)

Gambar raya haji tahun ni, ada pada Anas (my brother). Hari tu tak ambil pun dari laptop dia. So, entry ni lum ada gambar lagi. Apa2 pun, i'm very happy during Eid Adha. Abg pun dapat pengalaman baru beraya di Perak dan hampir2 di'buli' jiran2 untuk cuci daging korban; 2 ekor lembu..hu..sian abg. Tapi abg suka katanya. ^_~

Sekian dulu buat masa ni.

Wassalam

Monday 14 November 2011

Ante Natal Class @ Hotel Amani, BBB

Alhamdulillah wa Syukrulillah....^_^

Pada 13 November, (Ahad) Ummi dan Abi join ante natal class yang dianjurkan oleh Klinik Pakar An-Nur. Bayarannya hanya RM30 untuk sepasang suami isteri. Kelas bermula dari 8.45pagi-5.30ptg.

Lokasi : Amani Hotel, BBB

Alhamdulillah, selesai pendaftaran, Ummi dan Abi sarapan pagi di kedai makan bersebelahan Hotel Amani. Ummi dan Abi rasa bayaran kelas ni agak murah dan berpatutan. Sebab disediakan makanan pagi, tghri dan minum ptg selain kami dapat bbrapa beg percuma+brg2 utk kelas.

Kelas bermula dgn slot agama. Pada Abi, penceramah pertama ni kurang padat isi penyampaiannya. Lepas tu, kelas diteruskan dgn slot Imunisasi yang disampaikan oleh Dr Amaludin dari Klinik Kanak-kanak An-Nur. Memang puas hati, seronok dgr apa yg doktor smpaikan. Rasa macam nak panjangkan lagi slot tu. Banyak yg Ummi dan Abi tahu...tentang penyakit kuning, langkah yg perlu diambil utk mengatasi kuning, jenis2 imunisasi untuk bayi dan kanak2, jenis susu yang terbaik di pasaran dll.

Lepas tu, slot untuk penyusuan bayi plak. Best + awesome! Alhamdulillah, dh faham cara untuk menyusu...tips untuk menyusu di kawasan public, jenama pam susu yang terbaik dsb. Rasa masa sekejap je...tup2 dh tamat slot tu. Lepas tu ada plak slot dari Stem Cell. Ini untuk sape2 yg berminat nak simpan darah uri anak masing2. Bagus juga dpt tau info ni sejak awal, cuma kosnya agak besar; RM2K.

Then, Ummi dan Abi rehat + solat Zuhur + makan tghri. Lepas tu sesi bersama Ms Jennifer, seorang bidan yg berpengalaman luas untuk sambut bayi lahir. Abi dan Ummi belajar cara urutan badan, cara bernafas yg betul ketika nak bersalin, petanda2 kelahiran dll. Syukur sgt2 sbb kelas yg kami join sgt memberi info dan maklumat sbg persiapan awal. ^_^

Syukran ya ALLAH.

See u dear, 25th December 2011.
Lots of Love,
Ummi and Abi

...10 November 2011...

Sweet 25th dear hubby (^_^)



Selamat hari lahir buat insan teristimewa dalam hidupku,

MOHD SHAHRUL FAIZIE ZAINI

Kelewatan menulis entry kali ni disebabkan internet bb yg tak dpt beroperasi spt biasa. ^_~ Alhamdulillah, hari ni dah boleh menitipkan ucapan melalui blog ini. 

Abang,
Tanggal 10 November 1986,
Abang ditakdirkan Allah lahir ke dunia ini,
Sebagai anak, permata hati abah dan ibu, adik kepada along dan yg terpenting khalifah Allah.

Abang,
Kehadiranmu penyeri kebahagiaan org tuamu,
Syukurlah abang dilahirkan dgn selamat walaupun di rumah.

Abang,
Masa kian berlalu,
Kini usiamu mencecah usia yang matang,
Ideal.
25 tahun merupakan angka yang dilihat matang bagi seorang lelaki,
Untuk memimpin, mengemudi bahtera.

Abang,
10 November 2011,
Adalah hari istimewa juga buat sayang,
Hari itu merupakan hari lahirnya seorang insan,
Yang menjadi teman hidup sayang,
Dunia dan akhirat.

Abang,
Moga pertambahan usia menjadikan dirimu bertambah matang,
Lebih bersedia memikul tanggungjawab yg bakal menyusul lagi di penghujung tahun ini,
Moga Allah sentiasa bersamamu,
Memimpinmu untuk memimpinku dan zuriat generasi kita, insyaallah.

Abang,
Eid milad Saeed kuucapkan,
Walaupun belum berpeluang untukku membuat majlis 'candle light' kita,
Kejutan di hari lahirmu,
Maafkan diriku.

Abang,
Sayang dan baby sayangkan abang,
Moga abang diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, ditenangkan hati, diberkati setiap pekerjaan yang abang lakukan...ameen.

Abang,
Terima kasih atas segalanya.

Salam sayang,
-Ummi + Baby-

Tuesday 1 November 2011

Feeling your kicking makes us smile....(^_^)

Semalam, lepas makan malam dgn Abi, Ummi duk baring sambil berehat dgn Abi. Ummi rasa kerap sgt kamu tendang2 perut Ummi. Agaknya dah semakin smpit perut Ummi untuk kamu. Ummi pegang tangan Abi, dan letakkan kat perut Ummi...mula2 rasa macam vibrate sikit2...pastu kamu tendang lagi kuat...hehehe..Ummi dan Abi ketawa. Semakin kerap kamu tendang2 sekarang. Especially waktu Ummi dalam kelas dan waktu malam.

Kadang2, Ummi dapat rasa kamu punya kepala....macam bergerak ke sebelah kanan perut Ummi. Rasa keras dan sesuatu yg bulat di bhgn perut masa tu =) 

Ummi bahagia bila dapat bahagiakan Abi. Moga kamu keluar pada masanya utk jumpa Abi dan Ummi ye...sbb kalau ikut tarikh yg doktor bagi, masa tu Ummi rasa sgt sesuai...Ummi dah takde kelas, mingu ulangkaji....lpas bersalin, Ummi akan exam dalam keadaan berpantang. Ummi tak kisah, asalkan kamu sihat dan selamat dan moga2 Ummi juga kuat.  Ameeeeen....

Rabbana yassir wa la tu'assir ya Karim.

Abi, tolong doa byk2 untuk Ummi ye..

Lots of love,
Ummi

Cerita 31 minggu (^_^)

Alhamdulillah, usai kelas pukul 11pagi, Abi ambil Ummi di UKM. Hari ni nak ke Klinik An-Nur...nak skodeng2 baby. ^_~ Sepatutnya jumpa doktor 2 minggu lepas, tp atas sbb2 yg tak dpt dielakkan, Ummi dan Abi save this date! ^_^ Nak tengok baby yang dah semakin membesar dalam perut Ummi.

Mula2 daftar masuk, dalam pukul 1 petang..Ummi dapat nombor giliran yg ke-40...huhu..apakan daya..mula2 nampak macam skit je org..mybe dah tak ramai, so..suke la hati nie...then, Ummi dan Abi gi keluar makan2...tak la lama sgt...agak2 macam nombor dh nak dekat, kami pun dtg smula ke klinik. Waaa...baru nombor 34...tapi tunggu punya tunggu, rupe2nye Ummi adalah org ke-2 terakhir...Sian Abi...kena tunggu Ummi 4 jam...nasib baik Abi tak bz sgt hr tu...=) 

Thanx sayangku, Abang...sbb sabar dan  dapat luangkan masa untuk temankan Ummi hari tu.

Bila sampai giliran, kami pun masuk dan Ummi bersalaman dgn Dr Khamsiah. Alhamdulillah, Ummi dan kamu sihat walaupun 2minggu lps, Ummi keracunan makanan. Cobaaaaan....

Waktu nak skodeng kamu, Ummi tgk kamu dh semakin membesar...pertumbuhan normal dan semuanya sihat, Alhamdulillah. Doktor ada nasihatkan Ummi dan Abi join kelas ante-natal sebelum dekat2 nak bersalin. Sekarang ni dah 31weeks dan berat kamu dah cecah 1.52kg. Waaa..dah besar anak Ummi. 

Ummi suke tgk muka kamu...comel je. ^_^ Alhamdulillah, syukur ya Allah. Semuanya selamat.

Lepas ni Ummi akan skodeng kamu lebih kerap. 2 minggu lagi Ummi datang klinik. Duduk baik2 dalam perut Ummi ye sayang. Ummi sekarang ni pun dah mudah mengantuk...(waktu entry ni ditulis, kamu dah 8bulan)

Ummi selalu mengantuk dalam kelas. Malu kat pensyarah..moga2 mereka faham keadaan fizikal Ummi. Ummi nak kamu sihat....Ummi kena kuat, untuk kamu dan Abi. 

p/s: Alhamdulillah, ya Allah...syukur atas nikmatmu. Moga kehadiran zuriat ini, mengukuhkan lagi ikatan cinta dan sayang antara Abi dan Ummi. Abi, doakan Ummi dapat belajar dgn baik dan hadapi semua dugaan dan cabaran dgn tenang. Ummi mohon padamu, Abi....

Uhibbuk fillah, ya Zawji...^_^

Lots of love,
Ummi