Pages

Thursday 30 June 2011

1 Julai 2011, 29 Rejab 1432H, Sayyidul Ayyam

Sedar tak sedar, dah penghujung Rejab, bulan 7. Lusa pulak dh masuk bulan Syaaban. Bulan Puasa kian hampir menjenguk kita. Cepat je rasanya masa berlalu. Bulan Ramadhan kali ini merupakan tahun pertamaku berpuasa bersama suami dan bayi yg masih dlm perutku..=) Alhamdulillah. 

Dalam tempoh ni juga, banyak yg perlu aku selesaikan...nak kemas2 brg utk pindah rumah, bersihkan dan cat rumah tu, ziarah Tok kat Kedah, setelkan urusan akademik dll...ya Allah, permudahkanlah.


Hari Jumaat adalah satu hari yg aku sgt suka...^_^..sejak sekolah lagi, aku suke sgt bile dtg hr Jumaat..entahlah..rasa tenang je, best jg sb esoknye cuti...;) hehe. Tapi memang aku terasa ketenangan hari Jumaat berbanding hari lain.

Hari ni dh masuk 14mggu 4hari usia kandunganku. Nanti merasalah aku berpuasa ketika mengandung. Moga Allah permudahkan segalanya. Lepas Ramadhan, Syawal...Hari Raya tahun ni dijangka pada 30 Ogos, pastu masuk bulan 9, klu ade rzki waktu ni la aku mula register sebagai pelajar master...^^, then masuk bulan 10..11 dan 12.. konvokesyen pula dijangka pada 3 Disember...dan due date ku pula antara 25-29 Disember. Harap2 masih lagi larat nak naik pentas ambil skrol. Penat lelah terbayar rasanya, tambahan pula kali ini, konvo kali ini sgt istimewa...bergelar mahasiswa, isteri, dan bakal ummi...=)

Moga mak, abah, kakak, k.nurul, anas dan keluarga mertuaku dapat hadir bersama melihat aku dan suami bergraduasi. Bukanlah aku mengharapkan hadiah atau bunga2 drpd mereka, cukuplah jika aku dapat hadiahkan kejayaan dan kebahagiaan pd keluargaku. Juga zuriat kami nnti, moga2 menjadi anak yg baik dan cemerlang dalam akhlaknya dan ilmunya. Ameen.

Jauh sudah aku berceloteh..he2..takpelah..sekali sekala...

Akhir kalam, moga kita sama2 berpeluang bertemu Ramadhan tahun ini. Allahumma Ameen. Wassalam

Wednesday 29 June 2011

...cukupkah Syukurku?...

...Terkadang diuji, membuatkan aku tersedar...lantas doa kupohon...selain ucapan syukur pada-Nya atas nikmat yg kuperolehi...

Kadang2 bila diri ini jauh drpd pengisian nurani, rasa sunyi...kosong...
Bila ujian dan dugaan datang, baru ingat utk selalu berdoa....patutkah aku sebegini? Bila kesusahan menimpa baru ingin meminta doa dan berharap ia dikabulkan....hakikatnya, tatkala senang juga harus banyak bersyukur dan memohon doa pd-Nya...

Kesusahan itu ujian, kesenangan itu juga ujian...

Bila hati ingat Allah, insyaallah...ketenangan itu akan datang...justeru rasa syukur mesti ada dlm diri kita.

Tak malukah kita, sbg hamba...yg tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada Tuannya, iaitu ALLAH?

...Cukupkah syukurku?

Antara nikmat yg aku perolehi dlm masa yg terdekat ini...

1. Iman dan Islam (alhamdulillah)
2. Nikmat hidup berkeluarga
3. Kedatangan ahli baru..zuriat kami
4. Keputusan tahun akhir yg membuatkan ku tersenyum
5. Suami yg bekerjaya
6. Kesihatan diriku...(takde alahan mengandung)

..dan jika nk disenaraikan...TERlalu banyak...

Alhamdulillah, ya Allah..berkatilah rezeki yg Engkau kurniakan kepada kami...dan jadikanlah kami hamba2Mu yg pandai bersyukur..ameen.

~Sujud syukur~

Tuesday 28 June 2011

Perkara TERpenting Untuk Anak2 ^_^

Apakah perkara terpenting untuk anak-anak kita? Tidak dinafikan, semua ibu dan bapa tahu untuk menyediakan santapan fizikal–makanan dan minuman. Namun, hakikatnya, ibu dan bapa tidak boleh hanya pandai memberi makan minum serta pakaian kepada anak-anak, bahkan mereka seharusnya lebih tahu untuk memberikan santapan jiwa yang boleh menjamin kebahagiaan di akhirat kelak.

Hari ini ramai ibu dan bapa yang mampu memberikan segala macam kemahuan anak-anak seperti makan yang enak, hiburan yang menyeronokkan, percutian yang mewah, serta kemudahan seperti telefon bimbit dan pakaian yang cantik-cantik. Namun berapa ramai yang berupaya menghidangkan anak-anak dengan santapan jiwa dan asuhan agama agar rohaninya berasa puas dan tenang dengan panduan Ilahi.
Ramai juga ibu bapa yang dapat menyediakan rumah sebagai tempat perlindungan yang tersergam mewah, selesa dan lapang, namun gagal untuk melindungi anaknya dari jilatan api neraka yang mengganas. Tidak kurang juga ibu bapa yang dapat menggajikan pembantu-pembantu yang dapat memenuhi segala macam keperluan si anak duniawi, namun amat sedikit ibu bapa yang menyediakan guru yang dapat membimbing anak-anak bagi memenuhi tuntutan ukhrawi.

Demi mengejar keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam kegilaan persaingan dunia akademik persekolahan, ramai ibu dan bapa yang sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan. Tidak cukup dengan kelas tambahan petang dan malam, dihantar pula ke kelas tambahan hujung minggu. Malah ditambah pula dengan segala macam bengkel strategi peperiksaan dan menjawab soalan.
Namun agak sukar mencari ibu bapa yang cakna untuk menghantar anaknya kepada guru yang mampu memperbetulkan solat, membaiki bacaan al-Quran serta mendidik adab yang Islami. Sedangkan program pendidikan Islam yang memupuk akhlak serta mendekatkan anak-anak dengan Islam amat penting untuk masa depan anak-anak itu.

Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:
Maksudnya:
"Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia"
Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya: "Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran."

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa, golongan terdahulu dalam sejarah Islam telah menunjukkan contoh kesungguhan mendidik anak-anak melalui guru-guru yang soleh dan baik. Beliau membawa contoh dari kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang menyebut: Bahawasanya Harun Al-Rasyid, apabila menyerahkan puteranya Al-Amin kepada pendidiknya, telah berkata:

"Wahai Ahmar! Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan kepada mu buah hatinya, maka letakkan tangan mu ke atasnya dengan lemah lembut, dan ketaatan mu kepadanya wajib, letakkan dirimu kepadanya, seperti engkau meletakkan diri mu kepada Amirul Mukminin. Ajarkan dia membaca al-Quran, dan kenalkanlah dia dengan sejarah, pupuklah dia dengan syair-syair, penuhkanlah dadanya dengan Hadis-hadis Nabi, tunjukkilah dia cara-cara bertutur, dan jarangkanlah dia dari ketawa melainkan pada waktu yang sesuai, dan jangan sampai berlalu satu saat pun melainkan engkau asakkanlah dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa menyusahkannya, kelak akan mati pula otakknya, dan jangan terlalu beringan-ringan untuk memberikannya masa lapang, kelak dia akan merasa sedap dan sentiasa ingin berlapang-lapang, dan luruskan dia sekadar yang termampu dengan mendekatkan diri kepadanya, dan dengan lemah lembut, tetapi jika dia menolak sikap ini, maka hendaklah engkau mengambil sikap tegas dan keras."

Demikianlah pesanan panjang Khalifah Harun AL-Rasyid kepada guru anaknya. Apa yang penting, kita dapat menceduk pengalaman silam ini untuk menjadi kayu ukur kepada keperluan pendidikan anak pada hari ini.
Mudah-mudahan kita benar-benar arif dengan KEPERLUAN sebenar anak-anak kita, agar kita dapat bersua dengannya si syurga nanti. Amin.

Artikel dipetik dr laman web iluvislam.com

Monday 27 June 2011

What is our next plan???

Assalamualaikum wbt,

Sudah hampir 2 bulan aku hanya duduk di rumah. Tidak bekerja. Hanya suami seorg shj yg bekerja buat masa ni. Syukurlah, namun kasihan melihat suamiku yg kerjanya tak tentu masa. Sebagai seorang yg bekerja di stesen televisyen, aku faham bahawa waktu kerjanya sgt2 tidak menentu. Hinggakan kami nk bercuti pun agak payah. Honeymoon jg masih tertangguh. Tapi aku tak kisah, sb bgku...asalkan abg ada dcc, dh dikira honeymoon.=)

Alhamdulillah, hr ini aku mendapat keputusan tahun akhir yg mana ia jg merupakan keputusan yg akan kubawa untuk konvokesyen nanti. Syukur padaMu ya Allah. ^_^...Alhamdulillah, krn aku dan suami memperoleh keputusan yg cemerlang. Moga2 ilmu kami yg sedikit ini dpt dimanfaatkan sebaiknya. insyaAllah.
Tahniah buat suamiku...kerana dapat mengekalkan kecemerlanganmu.

...Okey, we move to the topic...he2..dah terlari tajuk pulak. Usia perkahwinan kami sudah hampir mencecah usia 4 bulan. Sebagai pasangan yg baru berkahwin, byk sebenarnya yg perlu kami rancang dan atur sebaiknya. Plan jgka masa pendek dan panjang, kewangan, pelajaran, anak, kesihatan diri, kenderaan, rumah dll...jika nk disenaraikan..sgt3 banyak. Al maklum, kami baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga, kewangan pasti dikukuhkan terlebih dahulu. Tambahan pula, hujung tahun ini, si kecil ini akan lahir menjadi ahli baru keluarga..^_^..sudah pasti keperluan2nya perlu disediakan...mmm, byk juga nk difikirkan...kos bersalin, pakaian baby, rawatan si kecil klu demam2, siapa yg nk jaga bila abg bekerja dan aku sambung belajar...hmmm..jika disenaraikan, mmg panjang berjela2.
Syukurlah, keluarga jg byk membantu...memahami keadaan kami. Alhamdulillah...namun, kami perlu berusaha memperbaiki kehidupan. Rabbana yusahhil umurona, ya Allah....

Gaya encik suami yg sedang berfikir dan merancang masa depan..he..^_^
 (gurau je abang..)

Jika ada rezeki, kami merancang nk pindah ke Kajang. Lokasi rumah yg berdekatan dgn KL berbanding rumah sewa sebelum ini yg agak jauh. Jika permohonan Master UKM aku terima, jd dekat jg nk ke UKM nnti. Moga kesihatan aku ketika itu tidak menghalang pergerakanku...ameen.

Perancangan kami dalam masa 2,3 tahun ni...nak beli motor...then, ade rezeki lebih nk beli kereta 1 lagi...then, bila aku tamat master...nak kerja pulak...smbg PHD??? hmmm..kena fikir pnjg ni...mahu, tp...wallahu'alam...

Kita hanya mampu merancang, Allah yg tentukan semuanya. Tidak salah kita merancang, dan jika apa yg terjadi di luar perancangan, tidak mengapa..pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yg profesional, perlu ada perancangan dalam hidupnya.
 
If u fail to plan, u plan to fail.

Wednesday 22 June 2011

...JoM bAca Ni...

 
Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Tuesday 21 June 2011

Buat buku merah

Alhamdulillah, pada 19 Jun 2011@Ahad, suami menemaniku untuk buat pemeriksaan kandungan. Dah lama rasanya tak pergi cek baby..=) Doktor tiba di klinik jam 7malam, sebaik namaku dipanggil, aku dan suami masuk untuk menyambung pemeriksaanku. Alhamdulillah, usia kandunganku ketika itu sudah genap 13minggu.

Aku dan suami teruja pabila melihat tubuh si kecil. Kaki dan tangannya sudahpun kelihatan. Syukurlah segala2nya dalam keadaan normal. Comeelll sgt tgk kakinya yg sangat kecil. Suamiku juga begitu. ^_^

Doktor menyarankan agar aku membuat buku merah untuk pemeriksaan bayi. Kad ini penting untuk rekod kesihatanku sepanjang kehamilan dan untuk kegunaan pemeriksaan bayi akan datang. Oleh krn usia kandunganku sudah mencecah 3 bulan lebih, aku seharusnya telah membuat buku merah. Suamiku mengambil keputusan untuk membuat buku merah di klinik itu. Usai mengambil darah dan ujian air kencing, siaplah semua proses.

Kami pun pulang dengan rasa syukur dan gembira. Alhamdulillah...^^,

Tuesday 14 June 2011

...mengakhiri trimester pertama...(^^,)

Alhamdulillah, aku berkesempatan utk mengemaskini blog yg dh lama terbiar...hampir sebulan. Atas permintaan suamiku, aku kembali menulis...(padahal sblm ni aku sbnrnye terlupa password blog ni, tp syukur..dh dpt igt semula).

Sekarang dah hampir masuk minggu ke 12, bermakna kandunganku mencecah usia 3 bulan. Syukur, kerana alahan ku sikit2 shj...cuma alahan bau wangi (yg kuat sgt) dan bau2 lain yg kdg2 menggangu pernafasanku...kdg2 termuntah dek kerana makanan berlemak yg aku makan melebihi kadar biasa. Setakat ni baru 3, 4 kali aku termuntah...huhu..

Namun, aku bersyukur krn masih mampu mengurus diri sendiri dan rumahtanggaku sbb ada sesetengah org yang kena alahan teruk dan tak mampu mengurus diri sndiri apatah lagi kerja2 lain. Terima kasih buat suami tersayang krn mampu melayan karenahku yang kadang2 mungkin merimaskan..he..

Bila ada kawanku yg bertanya tntg 'mengidam'...aku cuma tersenyum krn aku tak mengalami kes mengidam yg teruk2...setakat mengidam makan laksa yang mak masak...dan yg terbaru aku rasa teringin nak makan kari...yg pasti semua tu aku nk yg mak masak...he2...(taklah teruk sgt mengidam aku ni kan?) ^^, harap2 encik suami dpt membantuku menunaikan hasrat mengidamku ini...

Buat masa ni aku hanya duduk di rumah...awal2 dulu best jgak...tp bila dah lama2 ni..rasa jemu dan sunyi..masakan tidak, suami keluar bekerja dan aku keseorgn di rumah...huhu...cuma aku tak tahu nk buat apa lama2 di rumah, tmbhn plak klu badanku tak sihat. Klu suamiku pulang, barulah ada teman berbual...

Tapi aku bersyukur, sekurg2nya masa mengandung anak yg pertama ni...aku berehat di rumah. Rasa sunyi tu perkara biasa...jd aku sibuk2kan diri dgn aktiviti memasak, membasuh pakaian dan melayari internet.

Oh ya, bila dah masuk trimester kedua, aku mesti lebih bersedia...waktu ni lah perubahan fizikal akan semakin berubah dan selera makan juga mungkin berubah. Moga Allah permudahkan segalanya..amin.

~salamesrabadikhlas~ ^^,