Pages

Monday 29 August 2011

Raya pertamaku....

Raya pertamaku sebagai seorang...

1. Zaujah kepada En. Mohd Shahrul Faizie
2. Menantu
3. Ummi-to-be
4. Bakal graduan Sarjana Muda  ^_^

Entry ni ditulis sehari sebelum raya. Aku dan suami dah pun berada di Pagoh sejak semalam. Insyaallah, esok aku akan berhari raya dalam suasana yang amat baru...abang nk bawa aku ke Masjid IKBN yg dekat dgn rumah utk kami tunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Kalau waktu bujang dulu, aku akan solat hari raya kat surau depan rumah ataupun di Masjid Jamek bersama Mak, kakak, k.un, anas dan Abah. Lazimnya macam tu.

Suasana baru yang bakal aku lalui adalah fasa kehidupan yang lumrah bagi seseorang perempuan yang dah berkahwin. Pasti sedikit sebanyak kenangan2 lalu menjengah dalam ingatanku. 

Jika dulu, aku masih di bawah tanggungan Mak dan Abah. Zakat fitrah kami sekeluarga, abah yang bayarkan. Tahun ni, suamiku yang bayarkan zakat fitrah untukku. (RM 7.50 - kadar zakat di Negeri Johor). 
Jika dulu, aku akan berhari raya di Perak dan Kedah. Sekarang, aku dah punya suami, dan keluarga mertua. Jadi, tahun ni aku berhari raya di Pagoh, Muar dahulu. Raya ke 5 nanti baru pulang ke Perak. Jika dulu, tak perlu nak fikir2 sgt tentang nak pergi beraya ke mana. Tapi kini, aku perlu berbincang dengan suami dan rancang balik raya dan ke mana nak pergi untuk ziarah nanti.

Dalam keluargaku, baju raya tak menjadi perkara yang terlalu penting. Aku pulak jenis yang tak kisah sgt tentang berapa pasang baju raya atau warna apa nak pakai dsb. Apa yang ada, dan klu masih elok dan cantik...pakai je..^_^ Kami sekeluarga sgt jarang merancang nak pakai warna apa pd pagi raya. Selalunya, klu beli tu tak pnh pakat2. Tup..tup..matching plak 1 family.hehe...

Tahun ni, aku dan suami pakai baju ikut tema Ibu. HIJAU. Aku pakai je jubah hijau yg pnh aku pakai masa bertunang dulu. Suami plak pakai baju raya hijau tahun lepas. Masih elok lagi. Syukurlah kami berdua jenis tak kisah sgt. Boleh save! Kami cuma rancang nak pakai baju sedondon warna ungu. Itu untuk kami berdua je. Tema tahun ni la konon2 nye...cari punya cari kat kedai2, last2 jumpa warna GOLD kat Nilai 3. Tu pun sbb yang tu je sesuai untuk aku yang dah agak berisi sekarang ni. Jubah gold ni unik...macam jubah + maxi...hehe2..sesuai utk org mengandung. Pastu nak cari baju abang pulak....kami try tgk kat Tesco. Tup2..mmg ade warna gold! Murah dan berbaloi sgt beli baju abang tu. Dapat diskaun 50%. Alhamdulillah, dapat jugak warna sedondon walaupun tukar warna tema..drpd warna UNGU kepada GOLD. ^_^ Alhamdulillah.

Inilah coretan raya pertamaku....

Di saat akhir2 Ramadhan ni, aku rasa sayu sangat. Tak pernah aku rasa perasaan ni waktu dulu2. Moga Allah terima amal kebajikan kita semua dalam bulan mulia ini, dan dipertemukan dgn Ramadhan tahun dpn. Ameen.


...Kullu 'am wa antum bikheir, minal 'aidin wal faizin...

Thursday 25 August 2011

5 days more...

25 Ramadhan 1432H

Hmm...lagi 5 hari je Ramadhan akan berlalu. Sedih...rasa kejap je. Tahun ni aku akan berhari raya bersama suami dan bayi dalam kandungan. Kami rancang untuk beraya di Johor...after few days, baru balik Nilai sebab abang bertugas pada 3 dan 4 September nanti. Then, kami akan pulang ke Perak sebelum balik ke Yan, Kedah.

Ni je peluang bercuti yang agak panjang...teringin nk bawa suami berkunjung ke Kedah...kampung sebelah Mak. But, at the same time, teringin juga nak spend our holidays dgn "honey to the moon"...(belum lagi merasa nak honeymoon).

Peluang untuk bercuti lebih 3 hari dgn abg jarang2 dapat. Jadi, bila abang bercuti 4 hari ni...rasa nak bercuti jauh2 skit...hmm...


Akhir kalam, ucapan Salam Lebaran 1432H kuucapkan buat suami tersayang, Mohd Shahrul Faizie Zaini, keluargaku di Perak dan Johor, para pensyarah dan guru serta rakan2 yg mengenali...Mohon maaf atas kesalahan dan kekhilafan yang mengguris hati kalian. Moga kita berpeluang bertemu Ramadhan yg akan datang...dan selamat berpuasa 6. (^_^)

Ilalliqa'

Tuesday 23 August 2011

...Berkorban Apa Saja...

Semalam, (22 Ogos 2011 @ 20 Ramadhan 1432H) aku dan suami pergi ke klinik Mediviron utk pemeriksaan kandungan. Usai berbuka puasa dan solat maghrib, kami berdua bertemu Dr Aniza. Pada asalnya, kami telah pun datang pada sebelah pagi dan hanya sempat utk buat consultation shj. Ada pesakit lain yang perlukan pembedahan kecil ketika itu. Jadi, kami tunda pertemuan dgn doktor pada sebelah malamnya. Aku sempat bertanya pada doktor samada bahaya atau tidak jika mengalami masalah air ketuban yang kurang....dan kesan2 pengambilan ubat untuk tambah darah. Alhmdlh, pnjelasannya membuat aku dan suami lebih faham. Doktor menasihatkan agar aku tidak berpuasa memandangkan air ketubanku yang kurang. Hal ini boleh membuatkan bayi lemas kerana ruang yang sempit utk dia bergerak, tumbesaran terbantut dan menurut pembacaanku dalam internet juga, masalah ini juga boleh menjadi faktor untuk bersalin lebih awal...(-_-) huhu...

Walaupun hajat di hati ini, aku nak berpuasa penuh, namun bagi ibu2 yang bimbangkan keadaan bayi dalam kandungan, diberikan rukhsoh (keringanan) utk tidak berpuasa. Abang bimbang jika sesuatu yang boleh membahayakan si kecil. Jadi, aku berbuka puasa....untuk si kecil yang kami sayangi. Aku juga tidak mahu berlaku zalim padanya. Walaupun aku mampu bertahan utk terus berpuasa, namun mungkin si kecil lebih memerlukan makanan. Ummi berkorban utk mu sayang....Moga2 si kecil kami membesar dgn baik dan sihat.

Alhamdulillah, sebaik tiba di klinik pada pukul 9 lebih, kami terus dijemput masuk ke dalam bilik. Dr Aniza memeriksa keadaan bayi kami. Alhamdulillah, si kecil kami sihat..aktif bergerak...kami nampak denyutan jantungnya yang aktif...Si kecil kami juga kelihatan sedang menghisap jarinya...so cute! ^_^ Cuma jantinanya tak dapat dipastikan....(saje je nak mnta doktor tengok jantina sekali lagi, untuk kepastian)

Syukur padaMu, ya Allah. Walaupun begitu, aku dinasihatkan untuk minum lebih banyak air dan makan makanan berkhasiat. Kadang2 air ketuban ni boleh keluar tanpa kita sedari. Mungkin ia berkurangan atas sebab2 tertentu. Ini kerana, air ketuban juga boleh keluar bersama air kencing. Boleh jadi, si ibu tak sedar akan hal ini. Jadi, aku harus lebih berhati-hati.

 Sekadar gambar hiasan

Lepas ni, abang mahu aku minum banyak air. Bimbang kalau2 berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diriku dan juga si kecil. 

Ya Allah, lindungilah diriku dan kandunganku ini...ameen.

Thursday 18 August 2011

...Rezeki Anak...^_^

Alhamdulillah, syukran ya Allah....^_^

Semalam, (18 Ogos 2011) aku menemani abang ke pejabat. Selain tu, aku nk berjumpa dgn juniorku (Ana) semasa di KUSZA. Rezeki bulan puasa...Ana berhajat nak bagi baby stroller PERCUMA! Dek kerana anaknya tak mau pakai dah stroller tu, jd Ana berhajat nak bagi je pada sesiapa yg ada anak kecil...Alhamdulillah, Ana nak hadiahkan je stroller anaknye tu. Masih elok dan baru lagi, sbb anaknye cuma pakai 2-3 kali je. he2...Alhamdulillah. 
Kalau ikutkan, harga stroller ni mahal jugak. Tapi, aku dpt secara percuma...=) 
Lebih kurang pukul 3.30ptg, aku berjumpa Ana bersama suami dan anaknya di perkarangan Masjid Negara. Sebelum kami berpisah, aku menghadiahkan duit raya buat anaknya...sbb kalau bagi duit utk stroller, Ana tak nak terima. Ape2 pun, thanx a lot! ^_^

 Stroller baby yg kami dapat...lebih kurang camnilah...cume warnanya lain skit

Terima kasih Ana.

Rezeki anak....^_^

Moga Allah berkati setiap sedekah yang kita lakukan. Ameen.

Wednesday 17 August 2011

17 Ramadhan 1432H (Nuzul al-Quran)

Di sini, ku kongsikan artikel tentang Nuzul al-Quran yg diambil dari internet. Selamat membaca.

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

 


Nama-Nama Al-Quran yang Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran: 

1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) 

2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 

3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 

4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23). 

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat. 

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2  

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.      


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009 

Tuesday 16 August 2011

Jom layan gambar kiut miut nie...

Keciknyeee...........

Cute ^_~

Hmmm...sape ni? Nanti baby pun rajin masak jugak eh? Sebab ummi die rajin masak..he2....


p/s: Rabbi habli minassolihin, ameen.

Monday 15 August 2011

"Pink" or "Blue"???

..hmmm..

Semalam, (15 Ogos 2011), abang cuti...jadi kami ambil kesempatan ni utk pergi ke Hospital Pakar An-Nur utk buat buku merah...lagipun abg rindu sgt nk tgk baby..^_^ 

Kami tiba di hospital dlm kul 8.28 pagi...wah3...dh ramai yg tunggu keliling hospital! Ini 1st time kami ke situ, ingatkan hari Isnin tak brapa ramai..tp bleh tahan jugak ramainye..huhu..takpelah, nak wat cmne, An-Nur ni memang famous.

Pukul 8.30pg, kaunter pun dibuka...terus aku masuk cepat2...disebabkan takde appointment dan aku pun tak tahu nk ambil nombor cmne...jd aku terlambat skit dpt nombor giliran...sbb mak2 yg dtg terus serah buku merah kat nurse bile kaunter dibuka..aku je agak terpinga2..he3..last2 dpt la jugak nombor giliran wlupun takde appoinment..yg ke 22. Oklah jugak...

Agak lama jugak aku menunggu...kul 9.50 pagi, jururawat panggil namaku dan aku ke bhgn hujung hospital utk timbang berat, tekanan darah dan ujian air kencing. Lepas hbis smua tu, aku pun duduk semula...tunggu punya tunggu..tetiba nurse announces .."Dr. Khamsiah masuk semula slps 30 minit sbb ade kes kecemasan. Jadi perjumpaan dgn Dr. tertangguh sekejap." 

Memang perkara sebegitu aku dh maklum...sbb memang dh diberitahu perkara2 cmtu bleh terjadi klu doktor ade hal kecemasan..aku tgk jam kul 11.30pg..maknanye kul 12.00tghri baru doktor ade...

So, abang ajak aku ke WARTA...jalan2, cuci mata...time jalan2 tu rasa cepat je 30minit. Belum puas nk jalan2..=) takpelah..kami terus bergegas semula ke hospital. Takut2 nombor giliranku dh sampai. Alhamdulillah, elok je kami melangkah masuk, nurse pun panggil namaku...

Aku dan abg masuk ke dalam bilik Dr. Khamsiah. Itulah kali pertama aku berjumpanya. Sblm ni aku hnya dgr namanya je..dan komen2 org tntg service yg doktor ni bagi...ramai yg puji Dr. Khamsiah. Sebaik kami masuk die memperkenalkan dirinya...dan kami bersalaman. Lps dh sembang2 kejap, doktor pun scan perutku...Ouh..dah 21minggu rupenye...^_~

 Si kecil yang sedang sujud...(^_^)

Suamiku tersenyum..aku tahu dia bgitu teruja utk melihat si kecil..=)

Alhamdulillah, si kecil sihat dan perkembangannya normal....cuma air ketubanku sedikit...mungkin sbb berpuasa kot..(kata doktor)...Abang nak sgt tahu jantina baby kami...

''Perempuan," ujar doktor...

"Hmm..kita nk tgk cmne doktor,?" soalku..

".....," (jawapan doktor ni..ape ntah..aku tak igat) 

Cuma aku terdiam....suamiku terkejut + tersenyum

Doktor menasihatkan kami buat detailed scan utk lihat dgn lbih jelas dan utk pastikan takde ape2 kecacatan yg berlaku. Lpas tu doktor print gambar baby..time tu kedudukan baby mcm tgh sujud..=)

Lpas tu, kami pun kluar...dua2 terdiam sambil layan perasaan sendiri. 

...GIRL...

Itu kata doktor...tp aku tahu, suamiku mengimpikan baby BOY. Ape2 pun abg bersyukur...yg penting sihat smuanya. Kami berbual2 sementara menunggu nurse memanggil namaku utk menjalani suntikan tetanus (kancing gigi)...uih..dh lama tak kena cucuk..takut plak..he..nasib baik bleh tahan..=)

Lpas selesai smua, nurse bawa kami ke kaunter byrn...semuanya RM218.00. Gulp..mahalnye..mmg kena save RM200++ stiap kali cek..trima kasih abang...After all, kami pun balik...
*Cuma jauh di sudut hatiku, aku nk scan jantina baby kt Mediviron plak..sje2 je nk confirm skali lagi...


                                                        "Pink" or "Blue"???


                                                                      -Pink-

Wallahu 'alam

Friday 12 August 2011

Fasa Maghfirah

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan padaku, suami dan baby comel utk meneruskan hidup hingga ke detik ini. Sedar tak sedar, dh 12 Ramadhan hari ini...bermakna dh masuk fasa ke-2, iaitu MAGHFIRAH.

Ya Rabb, izinkan Ramadhan tahun ini mendidik hati kami agar menjadi insan yg lebih baik drpd sblm ini. Ameen. Rugi rasanya kalau tak rebut peluang ibadah...tawaran istimewa yg Allah bagi dlm bulan ni. Aku rasa bahagia...moga2 Allah terima ibadah puasa kami..amin.

Oh ye, petang ini abangku menjalani rakaman takbir raya di Kuala Kubu Bharu. Jauh jugak..belum pasti abg berbuka puasa di mana. Apa2 pun, aku doakan agar semua urusan abang dipermudahkan dan perjalanannya selamat. Moga takbir raya yang dialun indah itu menjadi pahala buatmu...wasilah mendapat ganjaran zikrullah. (^_^) Tak sabar nak tengok takbir raya TVAH nanti..=)

 Abangku yg segak berjubah putih bersama kain rida' di bahu...^_^

Hari ini, puasaku masih penuh. Dah 12 hari si kecil kami berpuasa. Alhamdulillah, Allah bgi kami kekuatan utk meneruskan puasa. Syukran ya Allah. Harap2 dpt puasa penuh...oh ye, hrp2 azamku utk tadarus quran sebyk mungkin akan tercapai...skrg ni dh terlmbat sikit..huhu..

Buat seluruh umat Islam, ku ucapkan Salam Ramadhan Kareem...jom kita rebut peluang ganjaran pahala dlm bulan mulia ni..sbb kita pun tak tau, smpat atau tak kita nk berjumpa bulan puasa tahun depan...

Wallahu 'alam

Sunday 7 August 2011

...Ramadhan yang memBAHAGIAkan...(^_^)

...Sedar tak sedar, dh seminggu umat Islam berpuasa. Bru malam ini sy update blog ni...encik suami dh buat request...(suruh update blog). ^_~

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Hari pertama Ramadhan, aku berpuasa bersama keluargaku...Alhamdulillah, dapat bersahur dan berbuka di rumah. Cuma sayangnya, suamiku tiada bersama krn tugasnya sbg wartawan menuntut dia bekerja out station...jadi, aku tinggal bersama mak dan abah. Kebetulan, suami out station kat Ipoh. Hari Rabu bru (puasa ke-3) bru dpt berbuka bersama suami..=) rindu sgt nk jmpa abang....

Esoknye, barulah kami berdua pulang ke rumah. Kami naik tren...hu2..tren ni delay dekat 1jam lebih..asalnye pukul 11.52tghri, tp kul1 ptg bru kami bertolak...Cobaaaaan..-_-

Aku bersyukur, sepanjang aku berpuasa, baby jg sihat dan kuat berpuasa. Seolah2 memahami dan mengerti pengertian puasa (^_^) terima kasih, sayang. Cuma puasa hari ke-6 shj aku rasa lebih penat, dek krn keluar membeli brg2 utk memasak dan terlalu excited nk siapkan juadah berbuka sampai aku 'lembik' keletihan...terbaring bila semuanya dh siap masak! ^_~ he3...

Kepenatanku terubat bila abang pulang awal ptg tu...trima kasih abg, sbb memahami diriku...=)

Dan hari ini, aku rasa lebih gembira...sebab ape??
Sebabnye, hr ni abang volunteer nk masak lauk berbuka puasa..alhamdulillah...I'm sooooo happy! sbb dh lama nk rasa masakan abang! ^_^ Kami bahagi2 kerja...abg masak Ayam Masak Tiram dan aku pulak masak sayur kobis goreng...he2...

Sebelum masuk waktu berbuka, kami bertadarus bersama...suke sgt suasana ni! moga2 istiqamah...ameen. Bila dh masuk waktu mghrib, kami berbuka dgn tamar, buah dan air..pastu solat maghrib. Dah siap solat, baru makan nasi sama2...

Marvelous! Superb! Delicious!

These 3 words are the best to describe my hubby's cooks! Sedaaaaaaaap banget! Terima kasih abg...secukup rasa 'Ayam Masak Tiram'. Nanti leh masak resepi lain plak ye..he3. ~_^ 

Buat masa ni, kami buat solat tarawikh di rumah...sbb kdg2 abg penat balik kerja lewat. I'allah. kami rncg akan ke masjid berdekatan nnt.

Esok, abang akan ke Batu Pahat...ade shooting di sane...dan aku akan tinggal bersama kakakku buat semntara waktu. Abg, hati2 ye...syg dan baby doakan abg selamat pergi dan balik....I'allah, kita sama2 memperbaiki amalan kita dlm bulan ini dan moga2 Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita, ameen.