Pages

Wednesday 18 May 2011

...cerita 2 bulan...

(video klip kejadian manusia)

Hari ini genap 2 bulan usia kandunganku. Alhmdulillah, spnjg 2 bulan ini, aku hnya mengalami demam biasa, mual dan loya yg tak berapa kerap..syukur pada-Mu. Sedikir kebimbangan jg ada di kala menjelang 2 bulan ini...rata2 kawan dan kakakku sndiri mula mengalami alahan bermula usia kandungan mereka mencecah 2 bulan. Ya Allah, berikan aku dan zuriat ini kesihatan yg baik...permudahkanlah kehamilanku ini. ameen.

Aku bersyukur dan hngga kini kdg2 seperti tidak menyangka yg aku sedang mengandung. Suamiku jg kdg2 terlupa dek kerana aku jarang mengalami muntah2 atau alahan..he3. Cuma aku tak boleh makan dlm kadar biasa...kadang2 nasi lemak sebungkus kecil tu pun, aku dh rasa kenyang sgt bila makan separuh. Padahal aku sgt lapar sblm tu...tp kuantiti yg boleh masuk ke dlm perutku, hny sedikit shj. =)

Moga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran serta kebaikan padaku dan suamiku...syukran ya Allah. ^^, 

...Rabbana hablana min azwajinaa...wa zurriyyatina qurrota a'yun...
waj'alnaa lil muttaqeena imama...ameen

Walimah @Muar 15 Mei 2011 (Part II)


Shahrul & Syuhada
15 Mei 2011 / 12 Jamadil akhir 1432H

...sambungan,

Selesai solat jamak taqdim, aku bersiap secepatnya, memakai baju biru putih dan solekan nipis, sudah cukup buatku sbg permaisuri hr itu. Suamiku jg segak bergaya....alhmdulillah, trma kasih ibu sbb menaja persalinan kami pd hr itu. Ketibaan kami disambut dgn paluan kompang oleh sekumpulan pemain kompang. Kami diarak dgn bunga manggar dan turut dipersembahkan persembahan silat sblm sntapan bermula. he2...segala2nya sgt baru bgiku. Jika sblm ini aku hnya pernah melihat org2 bersilat dlm mjlis perkhwinan di kaca tv, majalah atau buku, namun hr itu, ia berlaku di hadapan ku, (Raja dan permaisuri) =)

Setelah itu kami dijamu makan tghri di meja pengantin, hidangannya menarik dan kami makan bermandikan pancaran cahaya lensa kamera (ewah2..mcm ala2 artis gitu..he2..) * kamera kawan2 dan fotografer je sbnrnya..;)

Kemudian, kawan2 abg mmbuat persembhn nasyid. (Kumpulan East-Lamp) Geng2 nasyid abg smsa di Kusza hadir mmbuat persembahan. Abg jg tak melepaskan peluang utk membuat kejutan utkku. Beliau memilih utk menyanyikan lagu Nur Syahadah yg telah diubah tajuknya kpd namaku * Noorsyuhada...^^, syukran abg...istimewa sungguh sbb Raja sehari membuat persmbahan. Walaupun hujan turun sekejap2, aku bersyukur...setidak2nya cuaca tidak terlalu terik...sesuai dgn keadaan fizikal kami yg berjalan jauh, terutamanya mak, abah, k.nurul dan abg ujai. Alhmdulillah...syukran ya Allah.

Selesai makan, kami dijemput masuk ke pelamin biru utk sesi bergambar. Trma kasih buat ibu yg sudi menaja pelamin hr itu. Akhirnya, tiba saat keluargaku ingin pulang...sebak tiba2 tatkala aku mencium mak dan bersalaman dgn abah. Namun, ku kawal perasaanku sebaiknya. Apa2 pun terima kasih yg tak terhingga buat ahli keluargaku krn hadir di mjlis walimah ku...^_^

Sesi bergambar kami diakhiri dgn sesi outdoor. Walaupun letih, namun kami bersyukur krn smuanya berjalan lncar. Alhmdulillah...syukur krn kesihatan diriku baik spnjg majlis berlangsung. =) baby seakan2 memahami ummi dan abinya...trma kasih sayang.

Malam itu, abgku dan adik2 iparku sibuk mengangkat dan mengemas periuk2 lauk kenduri. Manakala aku mendpat lesen BEREHAT drpd suami dan ibu...alhmdulillah..;) aku hny mmbantu ibu mengira duit pemberian para jemputan. syukur pada-Mu ya Allah, atas nikmat yg diberikan. Keesokan paginya pula, abg mengerah tenaga mencuci dan menyental periuk. Aku hanya duduk membuat kerja2 ringan dlm rumah dan menjamunya minuman dikala dahaga. Abg, maafkn syg sb tak dpt bantu abg hr tu...apa2 pun syg nk ucapkan trma kasih pd abang atas keringat dan penat lelah yg abg usahakan. 

Salam sayang kasih mesra buat abang tersayang. ^^,

Tuesday 17 May 2011

Walimah @Muar 15 Mei 2011

Alhmdulillah, syukur semuanya telah selesai....

13 Mei 2011(Jumaat)
Abang bertolak pulang ke Muar awal sb ingin menyiapkan kerja2 kahwin yg berbaki. Kedengaran suara abang dr corong telefon yg dalam kepenatan krn tak sempat berehat. Ada lagi yg belum siap...kedengaran riuh rendah, esak tangis anak2 kecil (saudara-mara) yg ramai berkampung di situ. Aku pula akan bertolak ke sana dgn keluargaku pd hr Ahad pagi.

14 Mei 2011(Sabtu)
Mak dtg mengambilku sebelum tghri. Aku agak terkejut sbb belum bersiap selengkapnya. Tiba2 aku dengar suara mak mmberi salam dr luar rumah. Dgn terkocoh2 aku bersegera menjmput mak masuk dan aku terus ke bilik air. Aku fikir mak akan smpai waktu tghri. Jadi persiapanku masih kurang. he2..nasib baik aku cepat bersiap. he2..then, kami singgah sekejap ke Carrefour...mak smpat membeli baju kurung utk dipakai smsa kenduriku nnti...=) trma kasih mak. Lps tu kami bertolak ke Kajang. Makan tghri di rumah kak Nurul. Alhmdulillah, sampai jg aku ke rumah k.nurul dn abg ujai. Rindu nk berkumpul dgn family...smpat jg aku bersmbg2 dgn mak dan k.nurul tntg kandunganku...trma kasih mak sbb sudi layan celoteh pnjg syu ni...he3.;)
Keadaan k.nurul yg kdg2 tak stabil mmbuatkan aku risau klu2 dia tak dpt join skali utk ke Muar esok. Apakan daya, aku tak memaksa...cuma berharap krn hnya mak dan abah je yg dpt dtg. Kakak bertugas mnjaga peperiksaan plajar2nye, anas pulak ade exam hr isnin (16 mei 2011)...jd hny k.nurul dan abg ujai je la yg dihrpkan dpt join rombonganku..he2..rasenye takde lagi rombongan yg hny dtg 4org je...disbbkn hal2 yg tak dpt dielakkan, maka terjadilah kisah sbgini. Syukurlah mak dan abah sihat...

15 Mei 2011(Ahad)
Kami bertolak ke Muar pukul 8.30pagi dr Kajang. Aku ditemani mak, abah, k.nurul dan abg ujai. he2...hnya 2 buah kereta je. =) Takpelah, asalkn ada jg wakil adik beradik. Thx to k.nurul dn abg ujai yg sporting. Alhmdulillah, keadaan dirinya dan cuaca pd hr itu turut membantu semuanya brjln lncar. Sebaik tiba di tol Pagoh, suamiku dtg mnjmput kami ke rumah persinggahan pihak prmpuan. Alhmdlh, smpai jg kami di Pagoh. Rinduuu kt suami. dh 4 hri tak bjmpa..he3.

Next...(panjang lagi nk cerita)

...to be continued...

Wednesday 11 May 2011

11 Mei 2011...Kejutan Istimewa daripada Insan TERISTIMEWA ^_^ (part II)

Malam smlm, abg membawaku keluar utk mkn malam bersama. Abg menjemputku dr tmpat kerja seawal 6ptg. Katanya, dia ingin makan mlm sblm maghrib. Alhmdulillah...perutku terasa lapar sgt ketika menunggunya. Mgkin sb abg ajak g makan, automatik rasa lapar..he2..;)

Spt biasa, abg menempah mknn kegemarannya, Beef Fried Rice dan aku??...ntahlah...tak tahu nk makan ape. Akhirnya, aku memilih nasi putih+ayam blackpepper. Alhmdulillah, selesai makan, kami pergi membeli sdkt brg2 dapur dan buah2n utk aku dan baby..=) thx abang.

Sebelum abg membawaku pulang ke rumah sewaku, abg membuat kejutan lagi padaku. Dia menghadiahiku DIARI HAMIL...;) trima kasih abg. Aku tidak memintanya utk membeli buku itu, cuma pernah menceritakan padanya bhwa kakakku pnh mndpt hdiah diari ini drpd suaminya...rupa2nya ketika aku sdg solat maghrib, abg ke kedai buku utk membeli diari ini...syukran abg..=) abg sgt syg padaku...dan juga baby kami ini..;)

...Hadiah Diari Hamil daripada suami tersayang...^^,

Diari ini bukan diari biasa, ia mengandungi byk info dan panduan buat ibu2 yg hamil. Dilengkapi ilustrasi dan ayat2 yg mudah utk difahami. Terima kasih ya ALLAH, trima kasih suamiku, syg dan baby...sayangkan abg..^^,

Ya ALLAH, peliharalah cinta antara kami. Moga ikatan ini diberkati dan dirahmati-Mu sntiasa. Ameen..

...DIKAU hadir, sayang...PERMATA CINTA kami...

Pagi ahad itu, badanku rasa letih. Mungkin krn suhu tinggi badanku yg blum kebah. Asyik nak termuntah je..wek..wek..Telahan hatiku, cuma aku batuk2 biasa...dek krna mggu2 yg lalu aku makan durian dan mcm2 yg tak menentu. he2..akhirnya, badan pun jd tak sihat. Mak yg menelefonku pagi itu, masih bertanyakan keadaan diriku yg belum sembuh sepenuhnya. Kerisauan terpancar dari riak suaranya. Mak meminta aku bertemu doktor..atau melakukan pemeriksaan sendiri..;) mgkin Mak merasakan sesuatu yg pelik memandangkan demamku yg belum smbuh lebih sminggu..

Sebaik siap masak mskn tghri, suami bersegera mmbawaku ke klinik. Doktor menyatakan bhwa tekakku merah, dan ada angin dlm badan. Jadi, ia mmbuatkan aku rasa loya dan ingin muntah. Namun, alhmdlh, yg lain2 ok shj.

Sebelum solat zuhur, aku nekad  untuk membuat pemeriksaan kehamilan sendiri. Manalah tahu, hasilnya positif kali ini. Bbrapa mggu sblm ini, aku masih lagi bersabar...kerana mndpt tanda negatif pada alat uji kehamilan. Kali ini, aku meminta suamiku sendiri yg melihat dahulu hasil ujian itu. Aku menyerahkan pregnancy test strip itu pdnya.

"Abg tengoklah dulu ye. Sayang tak mau tgk...takut2 sedih." ujarku..

"Tak mengapa syg, kita redha ye. Kalau belum lg, kt redha dan usaha lagi," balas suamiku dgn penuh kasih syg. 

Suamiku memeriksa bekas urine yg ada ku letakkan dlm bilik air...dan aku berdiri jauh drpdnya. Kulihat wajahnya seakan2 terkejut, namun dia cuba berlagak biasa..(aku melihatnya spt ada sesuatu...) selang 2 minit, aku menghampirinya dan kami sama2 melihat hasil ujian...jeng..jeng..jeng...


"Abang....hah?? betul ke ni?"...ada 2 line..tu tandanya positif!

"Hah..syg pregnant ke? Alhmdulillah, lps ni kt g cek kt klinik ye...cepat2, kita solat dulu dan makan. Lps tu kita g klinik ye," nada suamiku sedikit terkejut berbaur girang. Senyuman jelas terukir di wajahnya. 

"Patutlah syg asyik wek..wek..je..syg pregnant rupanya.." ujar suamiku.

"Alhmdulillah," jawabku smbil tersenyum memandangnya.

*********************************************************************************

Mak, ni hadiah utk mak smpena hari ibu...mak benar2 gembira. Aku tahu mak gembira mendapat berita itu.  Apatah lagi kakak kedua ku jg hamil 5 bulan. Mak jg tidak menyangka secepat ini rezeki yg Allah beri kpd kami...hanya syukur ku panjatkan pd Ilahi. Atas nikmat, kasih dan rahmatnya, mengurniakan rezeki ini. Walaupun aku sndiri tdk mnjgka usia kndunganku yg terlalu kecil ini sudah masuk 6mggu 3hr..=)

Baby...=)

**********************************************************************************

Spt biasa, kami solat asar berjemaah di rumah. Kami melakukan sujud syukur atas nikmat-Nya ini. Sungguh tak terjangka...krn diriku mengalami masalah yg mana dlm keadaan biasa, sukar bg prmpuan sptku dpt hamil awal. Namun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya...Syukran ya ALLAH. Trima ksih suamiku, yg sudi dn memahami keadaan diriku. Ini juga hadiah utk abg..=)

Ya ALLAH, jadikanlah zuriat kami ini SOLEH wa MUSLEH...moga Kau berikn kami keupayaan dan kekuatan utk mndidiknya dgn baik agar dia mencintai-Mu, Rasul-Mu dan agama-Mu. Ya ALLAH, lindungilah aku dan suamiku..Jadikanlah zuriat ini, sbg pengukuh cinta kami dan keluarga kami...
Ya ALLAH, berikanlah aku keselamatan dalam tempoh kehamilan ini. Jauhkanlah aku dan suami drpd mara bahaya. Peliharalah zuriat kami ini sebaik2nya. Ameen..ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday 10 May 2011

6 Mei 2011...Kejutan Istimewa daripada Insan TERISTIMEWA ^_^

Saat bertemu suamiku slps pulang dr tmpat kerja, aku yang ketika itu letih dan lesu hnya mampu membaringkan tubuh bersandar selesa dalam kereta. Suamiku berpakaian jubah putih yg sgt cantik dan menyejukkan mataku.  =)
Ketika itu, aku kepenatan dek demam dan perjalanan dr KL-Nilai. Alhmdlh, usai solat Maghrib, suami menyambut kepulanganku. Seperti biasa, kami berslaman dan kucupannya singgah di pipi dan dahiku...(suami yg sgt penyayang+romantik) =) trima kasih abg.

Aku gagahkan diri cuba melawan ketidakselesaan suhu badanku yg tak menentu. Abang menyuruhku duduk sbntar dlm kereta smntara dia membuka pintu rumah kami. Aku masih lagi bersandar, lesu. Dari luar, aku terpandang cahaya jingga dalam rumah. mmm...abg nk buat ape ni? (hatiku bermonolog) cuma aku dpt rasakan ada sesuatu...;)

Suami menjemputku masuk ke rumah, lantas dia menutup mataku dan kami berjalan bersama masuk ke dlm rumah. Dan akhirnya, tika mataku dibuka, ku lihat sebiji kek dan hidangan makan malam dah pun tersedia di atas meja. Aku terus memeluk suamiku dan air mataku berlinangan. Seumur hidupku, aku tidak pernah mendapat kejutan begini. Terharu dgn usaha dan kreativiti suami dlm menghadiahkan saat kegembiraan ini. Walaupun sdrhana, namun bgku, BESAR nilainya. 
Kami makan bersama dgn alunan muzik minus one yg abg pasang menggunakan laptopnya. (Romantik sungguh suamiku ini) ..;) trma kasih abg. Aku terharu sgt2 dgn usahanya utk menyambut hr ulangtahun kelahiranku yg ke 25 pada 2 Mei yg lalu. Sungguh istimewa insan ini yg kini bergelar my soulmate. ^^,

Syukur ya ALLAH, krn mengurniakan aku, seorg suami yg memahami diriku, penyayang dan menerimaku seadanya. Syukran ya ALLAH...=)

...i'm waiting 4 ur birthday soon,my dear hubby...i'allah, kita nantikan bersama...^^,

...Selamat Hari MAK dan IBU...^_^

Tanggal 8 Mei 2011, merupakan hari yang paling istimewa buat insan bergelar IBU. Post kali ini ditujukan buat ibuku, Pn Radzi@Rodziah bt Saad dan ibu mertuaku, Pn Noriza Othman.

Mak,
Selamat Hari Ibu...hakikatnya bukan hr ni je (8 MEI) hari ibu, stiap hr adalah hr ibu. Bgku, mak adalah seorang mak yang sgt tabah, sabar, cekal mnghadapi dugaan, tegas tapi penyayang. Sewaktu kecil, mak mmg garang. Masih igt lagi, mak marah2 bila aku nakal+buat hal..he2..nakal budak2...lps tu kenalah cubit dgn mak..aduss..ape lgi, nangis la...
Bile masa maghrib, time ngaji lagi selalu kena marah+sambil mak pegang hanger (utk pukul di kaki) klu2 kami culas, lambat blaja ngaji atau ngade2 nak nangis..=) he...

Tapi...bila aku sudah meningkat dewasa ni, aku smkin mengerti apa dan mengapa mak mendidik kami adik beradik secara tegas dulu. ^_^ Terima kasih yang tak terhingga buat MAK...yang sgt2 memahami diriku..=)
Semakin aku meningkat remaja, MAK is my BFF (best friend forever)...bgku, mak adalah segala2nya. Kasih syg mak, sgt2 kurasakan tatkala aku susah atau senang...

Saat aku melangsungkan akad nikah, mak kelihatan gembira walaupun aku tahu, dalam htinya terselit rasa sedih melepaskan anaknya. Namun, itulah fitrah kehidupan...yang aku tahu, mak sgt2 bhgia klu anak2nya bahagia. Terima kasih mak, atas segalanya...hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik, pengorbanan, kasih syg yg mak berikan pada kami semua. Bersyukur krn memiliki seorg mak yg tabah dan penyayang sptmu..=)

I LOVE U MAK...LUV U SO MUCH! ^_^

Buat ibu mertuaku yg kusygi,

Syukran jzln yang tak terhingga kuucapkan, kerana bersusah payah melahirkan, mnjaga, mendidik dan menyayangi suamiku hngga saat ini. Kagum melihat ketabahan ibu dlm mmbesarkan dan menjaga anak2 seorg diri. Moga ALLAH memeliharamu dan merahmatimu selalu, ibu..=)

Syukran ya ALLAH, krn menganugerahkan aku 2 org insan yg istimewa ini. Ya Allah, Kau peliharalah, rahmatilah, sayangilah MAK dan IBU. Masukkanlah mereka dalam golongan org2 yg Engkau kasihi..ameen, ya Rabbal Alamin...