Pages

Monday 14 November 2011

Ante Natal Class @ Hotel Amani, BBB

Alhamdulillah wa Syukrulillah....^_^

Pada 13 November, (Ahad) Ummi dan Abi join ante natal class yang dianjurkan oleh Klinik Pakar An-Nur. Bayarannya hanya RM30 untuk sepasang suami isteri. Kelas bermula dari 8.45pagi-5.30ptg.

Lokasi : Amani Hotel, BBB

Alhamdulillah, selesai pendaftaran, Ummi dan Abi sarapan pagi di kedai makan bersebelahan Hotel Amani. Ummi dan Abi rasa bayaran kelas ni agak murah dan berpatutan. Sebab disediakan makanan pagi, tghri dan minum ptg selain kami dapat bbrapa beg percuma+brg2 utk kelas.

Kelas bermula dgn slot agama. Pada Abi, penceramah pertama ni kurang padat isi penyampaiannya. Lepas tu, kelas diteruskan dgn slot Imunisasi yang disampaikan oleh Dr Amaludin dari Klinik Kanak-kanak An-Nur. Memang puas hati, seronok dgr apa yg doktor smpaikan. Rasa macam nak panjangkan lagi slot tu. Banyak yg Ummi dan Abi tahu...tentang penyakit kuning, langkah yg perlu diambil utk mengatasi kuning, jenis2 imunisasi untuk bayi dan kanak2, jenis susu yang terbaik di pasaran dll.

Lepas tu, slot untuk penyusuan bayi plak. Best + awesome! Alhamdulillah, dh faham cara untuk menyusu...tips untuk menyusu di kawasan public, jenama pam susu yang terbaik dsb. Rasa masa sekejap je...tup2 dh tamat slot tu. Lepas tu ada plak slot dari Stem Cell. Ini untuk sape2 yg berminat nak simpan darah uri anak masing2. Bagus juga dpt tau info ni sejak awal, cuma kosnya agak besar; RM2K.

Then, Ummi dan Abi rehat + solat Zuhur + makan tghri. Lepas tu sesi bersama Ms Jennifer, seorang bidan yg berpengalaman luas untuk sambut bayi lahir. Abi dan Ummi belajar cara urutan badan, cara bernafas yg betul ketika nak bersalin, petanda2 kelahiran dll. Syukur sgt2 sbb kelas yg kami join sgt memberi info dan maklumat sbg persiapan awal. ^_^

Syukran ya ALLAH.

See u dear, 25th December 2011.
Lots of Love,
Ummi and Abi

0 comments:

Post a Comment