Pages

Monday 2 January 2012

Detik-detik itu...

27hb Disember 2011

Alhamdulillah, masih sihat, kuat lagi berjalan. Dalam hati ni, risau juga sbb dah terlebih hari. Overdue! Sakit2 takde pun...semalam, bila jumpa Dr Sariah di Nilai pun, ok je kata doktor. Jadi, aku dan suami tenangkan hati...suami minta aku agar banyak bersenam dan berjalan. ^_^

28hb Disember 2011

Malam tu, aku sgt berselera. Mak dan abah baru je balik Kampar. Mak masak macam2. Ntah nape, aku kuat makan malam tu. Daging kicap, ayam halia, asam pedas dan tak ketinggalan bubur durian. Suami tersenyum melihat gelagatku makan. Sungguh berselera! ^_~ Kesihatanku juga masih baik...cuma...kadang2 kainku basah..tp skit je..tak tau la smda air ketuban atau apa..mak kata, air ketuban klu kluar, kuantitinya banyak..sampai boleh basah kain. tapi, yg ni basahnye skit sgt2..sebesar duit syiling 50sen je...so, aku tak ambil kisah sgt...

29 Disember 2011

(2.30 pagi)

Aku dan suami tidur di bilik sebelah yg ada air-cond. Sejuk plak rasanya. Tapi aku boleh tahan. Pukul 2.30 pagi, aku bangun, aku ajak suami menemaniku ke tandas. Sakit perut plak...mybe sbb aku makan macam2...then, alhmlh...masuk tidur smula.

(4.30 pagi)

Aku terjaga lagi...bangun utk ke tandas...berulang 3kali ke tandas..ntah la, rasa sakit tp tak tau sakit bhgn mana. Then, aku hnya mampu duduk di bilik kami, ok skit kut..sng nk masuk tandas...tp dh berulang kali masuk tandas, ttp sakit..huhu...tak trfikir lgsung yg tu salah satu tanda nk bersalin! 

(5.50 pagi) 

Aku bangun ke tandas lagi, tiba2...darah! eh...aku masih kurg pasti sbb tompokan darah sgt2 skit..takut2 aku yg silap tgk pagi2 buta ni. Sebelum ni rasa sakit2 tp tu bukan kontraksi sbnar...so, aku tunggu lagi...terduduk kat atas katil menahan sakit smpailah masuk waktu subuh. Ya! darah lagi! Aku segera mengejutkan suami drpd lena...awal2 td, kasihan nak gerakkan suami. Tapi ni dah tahap serius, sakit menjadi2 plak. Alhmdlh, aku masih mampu urus diri, mandi, bersiap2 dan solat subuh. Kami terus ambil kputusan utk masuk wad, wlupun pd asalnya hari ni adalah appointment ku dgn Dr Khamsiah. Rupa2nya....bukan hnya appointment...mmg kena jumpa jugak!

(7.30 pagi)

Kami tiba di HPAN. Aku terus daftar dan masuk wad. Nurse dtg cek bukaan...sbb aku bgtau yg darah dh kluar. Tak lama lps tu, Dr Khamsiah datang. Air ketubanku dipecahkan...bila Dr cek, bukaan dah 4cm...ya Rabb, dh buka besar...Suamiku setia menemaniku...saat kesakitan kontraksi dtg, aku genggam erat2 tangannya..tanda sakit yg amat...bila sakit lebih kerap dan amat sgt, aku menggeletar...ya Allah...aku berzikir...bernafas sedaya mungkin utk mengurangkan rasa sakit hingga kering tekakku. Suami byk membantu...stia disisiku...membacakan surah, doa, zikir dan mengusap2 tanganku. Suami membantuku apabila aku nak ke tandas. Kontraksiku semakin kerap....ya Rabb...aku keletihan menahan kesakitan...ku cuba mengelak drpd dibius, epidural dsb...namun, setelah bbrapa jam, bukaanku mnjdi 7cm...dan aku....akhirnya tewas, suami memberiku pilihan..smda ingin masih bertahan atau sebaliknya...akhirnya, aku dibius...semua sarafku dari pinggang ke bawah, dah tak rasa ape2. Tak sakit dan macam takde deria langsung. Kaki terasa sgt2 berat. Aku tak mampu gerakkan kakiku sendiri. Setelah dibius, aku terlena seketika dek kepenatan sblm ni.  

(1.30 ptg)

Dr Khamsiah dtg lagi. Beliau memeriksa bukaanku..sudah 9cm...nurse cuba mnta aku teran. Namun bby masih jauh di dalam. Aku kena tunggu dulu, hngga bby turun skit. Doktor kata, dalam tempoh sejam lagi, aku kena bersalin...takut bhya pada bby. Suhu badanku naik ke paras 39c. Masyaallah...ni dah dikira demam panas. Bila CTG dipasang, degupan jantung bayiku sgt2 laju..hingga ke tahap 180++. Bila demam masa deliver, mmg akan beri kesan pada bby. Nurse dah mula mnta aku meneran...alhamdulillah, dh nampak skit kepala bby...ada rambut. Lebat! kata suamiku..aku tersenyum memandang suami tercinta.

(4.00 ptg)

Dr Khamsiah dtg lagi. Kali ni doktor cek bukaanku...bukaan dah penuh. Dr Khamsiah dh mula mnta ku teran...aku gagal utk teran dgn betul. Deria rasaku tiada! Itu kekurgn epidural. Aku tak rasa apa2 dan sukar nak agk cara teran...berpeluh2. Merah mukaku meneran tanpa rasa apa2. Kepala bayi dh lama kelihatan, cuma sikit lagi tenaga diperlukan utk melepaskan keseluruhan bhgn kepalanya. Jika tidak, bby lemas. Akhirnya, setelah 15minit keadaan itu masih sama, doktor memutuskan utk guna vacum. Akhirnya....apa yg aku cuba elakkan, terpaksa aku hadapi. Namun, saat itu nyawa dan keselamatan bby lebih penting. Suamiku sempat berkta, nak bby lahir sebelum Asar ke selepas Asar? ^_^ kita target sebelum Asar ye..=)

(4.21 ptg)

Akhirnya, lahirlah serikandi kami...tak ku sangka, najis bby sudah keluar bersama. Lantas, aku dan suami menangis...Tangisanku bertambah bila bby diletakkan di dadaku dan pabila melihat suamiku turut mengalirkan air mata. Doktor mnta suamiku potong tali pusat anak kami. Aku rasa bersalah pada bby, lebih2 lagi bila lihat najisnya dah kluar bersama. Nurse segera membawa byi kami kluar utk dibersihkan. Aku memnta suami pergi melihat byi kami. Moga2 keadaannya baik2 semuanya. Aku terbaring, kepenatan dan ditakdirkan Allah, demamku sudah pulih. Dek kerana berpeluh2 meneran, aku sembuh. Alhamdulillah...

(5.00 ptg)

Kedengaran suara mak memberi salam. Mak melawatku usai aku siap berehat menanti makanan tiba. Lapar dan pening sbb tak makan lagi. Dah 2 kali baju aku ditukar krn muntah. Kesan ubat dan perut kosong. Aku tersenyum bila mak sampai, mak menitiskan air mata bila melihatku. Namun, mak bersyukur aku sihat. Tak lama lps tu, K.un dtg melawat. Alhamdulillah, hatiku semakin tenang...suami kmdn dtg menemaniku makan. Barulah hilang pening2 bila dpt makan. Suamiku kata, suara bby kami sgt2 comel..mcm prmpuan! he..mmg perempuan pun, abgku syg...smuanya normal! Bayi kami diletakkan di nurseri. Bila hampir maghrib aku pun dipindahkan ke bilik. Aku diminta utk berehat dulu dan bila dah kuat skit, baru boleh bjln tgk bby. Aku akur, walaupun teringin nak menatap wajah si kecil kami. 

Setakat ni dulu coretanku...setakat yg ku ingat...kenangan abadi terpateri selamanya...291211

~Tak sangka dah bergelar Ummi...~

2 comments:

N.A.n.i said...

Alhamdulillah.. tahniah k.syu n keluarga atas kehadiran si permata hati.. ^^

Nanti letakla ye gambar si comel :D

InsyaAllah, moga baby dan umminya sihat sentiasa.. Amiin

SaljuSakura said...

salam,abg syahrul..ingat sy lagi x?falah si kembar tun perak dl. ^^
dah lame xdgr cerita ya.tahniah sbb bakal abi seorang baby khalifah. :-)
sy pun baru terjumpa blog ni kat sini.byk cite menarik ni.blh guna jadi contoh. :-)

Post a Comment