Pages

Thursday 15 December 2011

38++ Weeks

Khamis, 15 Disember 2011

Hari ni Ummi dijadualkan bertemu Dr Khamsiah. Nak skodeng2 baby dan cek kesihatan Ummi. Sedihnya, hari ni Ummi datang ke klinik tanpa Abi. Abi ada urusan kerja yg perlu diselesaikan. Terima kasih pada K.Nurul sbb sudi teman Ummi ke klinik. Syabas juga pada Muaz, sbb tak byk kerenah pagi tu. Tq (^_^)

Bila turn Ummi sampai, Ummi masuk jumpa doktor sorang2. Rasa lain macam plak tanpa Abi di sisi. Tak mengapalah, sbb Abi ada hal lain masa tu. Doktor cek si kecil dan alhamdulillah, keadaan kamu normal, jantung aktif, air ketuban masih cukup dan kedudukan kamu juga bagus. Dr Khamsiah rasa kamu akan membesar sikit lagi. Sebab Ummi pun takde rasa mcm sakit2 bersalin lagi. Jadi, minggu depan kena dtg jumpa lagi...22 Disember 2011. Mungkin tu yang terakhir sebelum Ummi bersalin.

Bila dh selesai urusan smua, Ummi ke kaunter bayaran. Masa tu, Abi sempat datang ke klinik. Pada mulanya nak ajak Abi tgk bilik2 bersalin. Tapi, smuanya penuh. Takpelah...lum rezeki. Apa2 pun, syukurlah sbb smuanya dah selesai. Terima kasih skali lagi pd K.Nurul dan Muaz sbb tolong teman Ummi smpai habis urusan. 

Oh ye, malam ni Abi akan ke Indonesia. Ummi sedih (T_T) . Kena tinggal sorang2 dalam tempoh 5 hari.  Abi dah pesan pada si kecil supaya tunggu Abi balik, baru keluar ye...dan pastinya Ummi rindukan Abi. Gurau sendanya, usap lembutnya, gelagatnya dan smuanya...yang pasti, petang tu Ummi menangis bila hantar Abi di KTM Kajang. Air mata sgt murah ketika itu. Menjelang malam pula, Ummi menangis lagi....Abi, moga Allah menjagamu dan dipermudahkan urusanmu. Amin.

~salam rindu penuh cinta~
Ummi

0 comments:

Post a Comment