Pages

Monday 27 June 2011

What is our next plan???

Assalamualaikum wbt,

Sudah hampir 2 bulan aku hanya duduk di rumah. Tidak bekerja. Hanya suami seorg shj yg bekerja buat masa ni. Syukurlah, namun kasihan melihat suamiku yg kerjanya tak tentu masa. Sebagai seorang yg bekerja di stesen televisyen, aku faham bahawa waktu kerjanya sgt2 tidak menentu. Hinggakan kami nk bercuti pun agak payah. Honeymoon jg masih tertangguh. Tapi aku tak kisah, sb bgku...asalkan abg ada dcc, dh dikira honeymoon.=)

Alhamdulillah, hr ini aku mendapat keputusan tahun akhir yg mana ia jg merupakan keputusan yg akan kubawa untuk konvokesyen nanti. Syukur padaMu ya Allah. ^_^...Alhamdulillah, krn aku dan suami memperoleh keputusan yg cemerlang. Moga2 ilmu kami yg sedikit ini dpt dimanfaatkan sebaiknya. insyaAllah.
Tahniah buat suamiku...kerana dapat mengekalkan kecemerlanganmu.

...Okey, we move to the topic...he2..dah terlari tajuk pulak. Usia perkahwinan kami sudah hampir mencecah usia 4 bulan. Sebagai pasangan yg baru berkahwin, byk sebenarnya yg perlu kami rancang dan atur sebaiknya. Plan jgka masa pendek dan panjang, kewangan, pelajaran, anak, kesihatan diri, kenderaan, rumah dll...jika nk disenaraikan..sgt3 banyak. Al maklum, kami baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga, kewangan pasti dikukuhkan terlebih dahulu. Tambahan pula, hujung tahun ini, si kecil ini akan lahir menjadi ahli baru keluarga..^_^..sudah pasti keperluan2nya perlu disediakan...mmm, byk juga nk difikirkan...kos bersalin, pakaian baby, rawatan si kecil klu demam2, siapa yg nk jaga bila abg bekerja dan aku sambung belajar...hmmm..jika disenaraikan, mmg panjang berjela2.
Syukurlah, keluarga jg byk membantu...memahami keadaan kami. Alhamdulillah...namun, kami perlu berusaha memperbaiki kehidupan. Rabbana yusahhil umurona, ya Allah....

Gaya encik suami yg sedang berfikir dan merancang masa depan..he..^_^
 (gurau je abang..)

Jika ada rezeki, kami merancang nk pindah ke Kajang. Lokasi rumah yg berdekatan dgn KL berbanding rumah sewa sebelum ini yg agak jauh. Jika permohonan Master UKM aku terima, jd dekat jg nk ke UKM nnti. Moga kesihatan aku ketika itu tidak menghalang pergerakanku...ameen.

Perancangan kami dalam masa 2,3 tahun ni...nak beli motor...then, ade rezeki lebih nk beli kereta 1 lagi...then, bila aku tamat master...nak kerja pulak...smbg PHD??? hmmm..kena fikir pnjg ni...mahu, tp...wallahu'alam...

Kita hanya mampu merancang, Allah yg tentukan semuanya. Tidak salah kita merancang, dan jika apa yg terjadi di luar perancangan, tidak mengapa..pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yg profesional, perlu ada perancangan dalam hidupnya.
 
If u fail to plan, u plan to fail.

0 comments:

Post a Comment