Pages

Thursday 30 June 2011

1 Julai 2011, 29 Rejab 1432H, Sayyidul Ayyam

Sedar tak sedar, dah penghujung Rejab, bulan 7. Lusa pulak dh masuk bulan Syaaban. Bulan Puasa kian hampir menjenguk kita. Cepat je rasanya masa berlalu. Bulan Ramadhan kali ini merupakan tahun pertamaku berpuasa bersama suami dan bayi yg masih dlm perutku..=) Alhamdulillah. 

Dalam tempoh ni juga, banyak yg perlu aku selesaikan...nak kemas2 brg utk pindah rumah, bersihkan dan cat rumah tu, ziarah Tok kat Kedah, setelkan urusan akademik dll...ya Allah, permudahkanlah.


Hari Jumaat adalah satu hari yg aku sgt suka...^_^..sejak sekolah lagi, aku suke sgt bile dtg hr Jumaat..entahlah..rasa tenang je, best jg sb esoknye cuti...;) hehe. Tapi memang aku terasa ketenangan hari Jumaat berbanding hari lain.

Hari ni dh masuk 14mggu 4hari usia kandunganku. Nanti merasalah aku berpuasa ketika mengandung. Moga Allah permudahkan segalanya. Lepas Ramadhan, Syawal...Hari Raya tahun ni dijangka pada 30 Ogos, pastu masuk bulan 9, klu ade rzki waktu ni la aku mula register sebagai pelajar master...^^, then masuk bulan 10..11 dan 12.. konvokesyen pula dijangka pada 3 Disember...dan due date ku pula antara 25-29 Disember. Harap2 masih lagi larat nak naik pentas ambil skrol. Penat lelah terbayar rasanya, tambahan pula kali ini, konvo kali ini sgt istimewa...bergelar mahasiswa, isteri, dan bakal ummi...=)

Moga mak, abah, kakak, k.nurul, anas dan keluarga mertuaku dapat hadir bersama melihat aku dan suami bergraduasi. Bukanlah aku mengharapkan hadiah atau bunga2 drpd mereka, cukuplah jika aku dapat hadiahkan kejayaan dan kebahagiaan pd keluargaku. Juga zuriat kami nnti, moga2 menjadi anak yg baik dan cemerlang dalam akhlaknya dan ilmunya. Ameen.

Jauh sudah aku berceloteh..he2..takpelah..sekali sekala...

Akhir kalam, moga kita sama2 berpeluang bertemu Ramadhan tahun ini. Allahumma Ameen. Wassalam

0 comments:

Post a Comment