Pages

Friday, 7 October 2011

Dah semakin chubby anak Ummi & Abi (^_^)

Assalamualaikum wbt.

Semalam, 7 Oktober (Jumaat) Ummi dan Abi excited nak gi tengok kamu...alhamdulillah, Ummi adalah org pertama yang booking, so urusan scan dapat buat awal. Alhamdulillah...^_^

Jam 12 lebih lagi, Ummi dan Abi dah ada di Ampang. Sementara menanti waktu solat Jumaat, Ummi dan Abi berjalan2 dulu...cuci mata tengok kedai perabot..(konon2 nak beli) hehe...padahal nak survey harga je. Sejak beli perabot rumah yg Abi cari kat web mudah.my, Ummi pulak jadi teruja nak tgk perabot. Sje je...tak beli pun..^_^ suke2 je nak cari ilham untuk hias rumah...

Lepas dah cuci mata, Abi pun cari masjid berdekatan utk solat Jumaat. Kami main redah je, sbb Abi pun tak pernah solat Jumaat kat Ampang. Gamble je kami follow kereta sorg pakcik ni yang dah berpakaian baju melayu. (confirm nak gi solat kan?) ^_^ last2, kami jumpa jugak masjid. Thanx to pakcik yang jadi 'GPS' kami..he

Alhamdulillah, lepas selesai Abi solat Jumaat, Ummi pulak solat kat surau yg terletak berdekatan Klinik Fauziah. Ummi dan Abi lapaaaaaaaar sgt masa tu...huhu..mujur ada kedai makan buka betul2 depan klinik. Ummi dan Abi isi perut dulu lah...sebelum tgk kamu...

..and this is you, dear....our princess!


Picture 1: You try to open your eyes...^_^ so sweet...

Picture 2: You give us your 1st smile..~_^ we're soooo happy..we smile when you smile...

Picture 3: Your cheeks looked chubbier

Alhamdulillah, setelah hampir 40minit, smuanya selesai. Ummi dan Abi happy sangat2, especially when we see your smile and you try to open your eyes...Syukran ya Allah...

Lepas tu, Ummi dan Abi menuju ke Wangsa Melawati...for what??? 
Ummi dan Abi nak beli carrier, car seat and swing untuk kamu, sayang...



Hari tu, Ummi dan Abi rasa gembira, lega dan bersyukur, sbb kamu sihat dan perkembangan smuanya normal.

p/s: Nama untuk si kecil belum lagi muktamad...

Tuesday, 4 October 2011

Hatiku gUmBira (^_^)

Assalamualaikum wbt...

Alhmdulillah....Allah bagi kami rezeki pindah ke rumah baru di Kajang. Rumah yg sederhana besar dan masih elok keadaannya. Rasa gUmBira sebab suke hias2 rumah...dan rumah ni lebih senang nak mengemas sbb saiznya kecil sedikit berbanding rumah sewa di Nilai dulu. Kebetulan, hari ni aku takde kelas, jadi boleh duk di rumah sambil kemas2 barang kami yg tak sempat diuruskan hari tu...byk kerja nak buat, tp suke sgt..he..^_^

Alhmdulillah, sedar tak sedar...usia baby dah nak masuk 7bulan. I'allah, nak gi scan hujung minggu ni...minggu depan pulak temujanji dgn Dr Khamsiah. FYI, baby kerap tendang2 skrg ni..alhmdulillah, sgt aktif. ^_^ . Kadang2 aku ketawa sndirian bila pegang perut ni...abg pun sama...^_^

Tentang nama pulak, aku dan suami belum pilih yg betul2 lagi. Macam2 nama pernah kami cari...kalau boleh tak nak panjang2 sgt sbb nama abang je dah 3 perkataan...kalau boleh nama anak biarlah 1 atau 2 perkataan je, yg penting nama tu punya makna yg baik.

Antara nama yg pernah terlintas di fikiran kami:
1. Nur Iman Insyirah
2. Ilham
3. Irdina Insyirah
4. Auni Irdina
5. Amna 
Wallahu'alam...nama yang mana bakal jadi pilihan belum tahu lagi. Ada orang pilih nama anak kat buku2..tp kami tak pulak cari2 buku utk letak nama anak, sekadar lihat2 kat internet je...kalau2 ada nama yg berkenan.

(Gambar hiasan)

Hmm...hati gembira tapi tak tahu dah nk tulis apa kat sini. ^_^...Insyaallah, nanti ada lagi entry baru.

Wassalam.

Thursday, 29 September 2011

New semester...New environment...New home....

26 September 2011

Akhirnya, aku mendaftar sbg pelajar Master di UKM. Setelah 2 minggu berfikir dan pening2 nk ambil keputusan ni. Hari Isnin tu juga adalah hari terakhir untuk mendaftar. hehe...the last student is ME! ^_^

Alhamdulillah, abang sangat memahami diriku dan sanggup melayan kerenahku sepanjang tempoh pendaftaran. Kalau aku sorang, pasti sgt2 lambat proses pndftaran nk siap. Ye la, bangunan PPS, Canselori, Pusat IT, Wisma Aman dan FPI perlu aku redah untuk selesaikan semua urusan. Kebetulan, hr itu adalah hari terakhir konvokesyen...jadi pergerakan kami dari 1 tempat ke tempat lain, mengambil masa yg agak lama...huuhu, apa boleh buat..syukurlah abang cuti hari tu... 

Lebih kurang jam 3ptg, baru siap semua...aku tak smpat mendaftar kursus lagi hari tu...jadi, aku cuba daftar online je...tup..tup, ada masalah pulak..ade 2 subjek dah FULL..huhu...(terpaksa la g daftar kat kaunter esok)...

Petang tu, (hari yg sama) kakak ku yg kedua telah selamat melahirkan putera sulungnya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Lepas Asar, kami pergi melawat K.Nurul dan anaknye kat Hospital Columbia Asia...hehe..comel je tgk si 'hero'. Walaupun hanya dapat tgk melalui bilik nursery je...oklah...baby tgh tidur. Bila smbang2 dgn K.Nurul, gerun + takut plak rasanya nak bersalin...huhu...-_-...tak tahu la aku mcmna nanti. Rabbana yusahhil umurona..ameeen.


27-28 September 2011

Hari ni, (Selasa) adalah hari pertama masuk ke kelas. Setelah siap mendaftar kursus, abang menghantarku masuk ke kelas.heheh...abang hantar smpai depan pintu...segan jugak aku..sbb masuk kelas 30minit lewat...nasib baik lec baru je masuk. Awal2 tu masih ok lagi..lama2 mata jadi cam berat..huhu (aku usaha picit2 jari tangan supaya tak tertidur) ^_~ . Ustaz keluar awal, sebelum jam 11, kelas dah hbis. Lepas ni, kelas petang pulak mula pukul 2.30-5ptg. Kelas linguistik! uhuk...subjek yg aku pnh belajar dulu. Tapi, kena baca balik la..sbb dulu tak faham sgt..walaupun exam dpt A-...Cobaan...sbb mata aku pun berat time lec bg penerangan..bila time perbincangan, baru la celik skit..^_~

Hari tu, aku tunggu abang balik kerja. Abang ambil kat masjid UKM. Alhamdulillah, then kami ke Kajang untuk berkemas2. At last, kami tidur kat rumah K.Nurul sbb abg pun dh penat. Hampir 99% barang2 kami dah selamat pindah ke rumah baru. 2 hari sebelum tu, abang, abah dan dibantu junior kami mencuci rumah..Alhamdulillah, smuanya dah siap. Sabtu ni dah masuk bulan Oktober. Jadi, kami bajet akan pindah dan menetap di Kajang secara rasminya pada hujung minggu ni.

Mudah2n Allah permudahkan urusan kami. 

p/s: FYI, si kecil sgt aktif bergerak2 + tendang perutku waktu dalam kelas petang...mybe, she loves to attend the class and study together with me..hehe..^_^

Friday, 23 September 2011

...A hectic weekend @_@...

Masa ni, aku dan abang ada kat pejabat TV Al-Hijrah. Sabtu ni, boss minta abang bertugas dalam program Assalamualaikum. Pagi2 lagi kami dh sibuk bersiap+kelam kabut sbb terlajak bangun dek kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. 

Lepas ni, kami akan menuju ke destinasi seterusnya. Abg dijemput menjadi pengacara majlis untuk Majlis Hi Tea Raudhatus Sakinah yang akan bermula lepas Zuhur. Majlis akan diisi dgn forum yg akan disampaikan oleh Ustaz Zahazan dan Dr. Rubiah. Alhamdulillah, ada kerusi percuma disediakan buat aku. heheh...

Majlis dijangka tamat pada jam 5.30ptg. Kemudian, kami bercadang nak ke kedai second hand yg menjual peti ais. Huhu..harap2 sempat la...takut2 abg penat. 

Esok pulak, (Ahad) abang akan menjadi panel dalam 1 forum anjuran fakultinya. Kami juga merancang nak buka meja jualan. (nak jual Quran Digital dan Electric Massager)...>> Our 1st trial to approach the target buyers!

Then, petang esok pula...kami nak ambil kunci rumah. Weeeeeeeeeee...(baca: yahuuu..yeay, syoknye) nak masuk rumah baru. Tapi nak kena cuci dulu...dah kering, baru bawa masuk barang2.

Fuuh...-_- harap2 tak la penat sgt...ye la, esoknye nak register UKM. 

Pack betul jadual kami hujung minggu ni.



p/s: kami juga tengah tunggu kelahiran anak saudara minggu depan.

Tuesday, 20 September 2011

...Si kecil nak masuk kuliah??...

Dah hampir 2 mggu surat tawaran Master UKM sampai padaku. Tapi hingga saat entry ni ditulis, hati ni belum 100% terbuka hati untuk belajar. Nape ye? padahal sebelum ni, aku mmg bersemangat dan nak sgt smbung belajar. (-_-) Aduss... 

Sebab aku bakal jejak kaki di tempat baru..tak kenal org, kawan pun baru, sume benda2 baru...mybe ambil masa nak sesuaikan diri. huhu...kalau suami ada sama2, tak la rasa camni...

Skrg dah ada suami. Suami kerja....aku plak?? 

Nak belajar ke...nak duk rumah? (jadi suri rumah berjaya) uhuh..

Banyak benda nk kena fikir. Kalau ikut kan...aku takde ape2 masalah masa pregnant. Jadi, kalau nak ke kelas tu, takde masalah la. Insyaallah. OK.

Tapi, aku punya jadual kelas nnt tak tau la cmne...sape la yg nak hantar dan ambil. Waktu keje suami confirm tak sama. Lagipun, takkan senang2 je nak kluar pejabat kt TV Al-Hijrah tu setiap hari untuk hantar dan ambil. huhu...(time hantar, maybe leh adjust. tp, kalau time balik...wallahu 'alam)

Aku plak tak mahir nak drive kereta. huhu...klu tak, bleh jugak aku gi kelas naik myvi je. Yang pasti, kali ni aku belajar dalam keadaan berbadan dua. ^_^ it means, our little baby will attend the class.
Takpe2..sabar2...ni pun 1 jihad. (ayat nak pujuk hati) kejap je....(-_-)

Tak senang nak senang dan tak susah nak susah. 

Kena la berkorban dalam setahun dua ni. Kalau aku tangguh lagi, takut bertambah sibuk. Sementara si kecil masih dlm perut, ok jugak la klu nk ke kelas. Due date pun dalam tempoh study week mengikut takwim UKM.

Ya Rabbana, permudahkanlah urusan kami. Ameen....

Monday, 19 September 2011

...Aktifnya kamu...^_~

Semalam, Ummi dan Abi sambung puasa sunat 6 hari. Seperti biasa, Ummi tinggal di rumah sementara tunggu Abi balik kerja...

Alhamdulillah, Ummi larat puasa walaupun tak sempat sahur pagi tadi. (terlewat bangun)

Lepas waktu Asar, kamu aktif ye...tendang2 + bersilat dalam perut Ummi. Hehe...rasa macam air berkocak2 dalam perut Ummi. ^_^

Sebelum tidur malam, Ummi pegang perut ni, sbb nak tengok respon kamu...hehe. Abi baru terlena kat sebelah...

Hehehe...(Ummi tersenyum + ketawa kecil) ..dan Abi pun terjaga...

Nape Yang??

He...baby gerak2 ni...

Ye ke?..^_^ (Abi excited nak rasa tendangan kamu)

Bila Abi letakkan tangan kat perut Ummi...bertubi2 kamu bagi respon. Ummi dan Abi ketawa. Ye laa...macam tau2 je kami nak rasa pergerakan kamu. Abi lagi suke, sbb dia jarang dapat peluang rasa kamu bergerak aktif. Sampai terlelap Abi akhirnya...

Moga kamu membesar dgn sihat ya sayang. Ummi dan Abi doakan kamu kuat dan sihat. Abi excited sgt nak jumpa kamu.

Bagi Ummi, Ummi cukup bahagia bila tgk muka Abi yg happy je...Kamulah hadiah "permata cinta" Ummi buat Abi...

Disember nt, kita berjumpa ye...^_^

Our Bizness....^_^

Today, I would like to introduce to all of you about our product. It is small and cute...and also portable + usefull.

USB Hand Electronic Mini Massager


 It can be used with USB

 3 small legs for massage

U also can use AAA bateries 


It comes with variety of colours


Fashion mini massager with USB
A necessary healthcare products for work, life and study, mini size and very fashion design,easy to carry and convenient to use.
Specification and function:
1.Model science and technology combined with Chinese medicine
2.Work wonders on your sore muscles and help you relax 
3.Helping users relax the whole body, easy nervous nerve and promote blood circulation.    
4.Fashion design,modern design,attractive design,small exquisite,and convenient to be taken and it can be used anytime and anywhere
5.Freely sliding in the whole body,and arbitrarily massaging any part like back,chest and leg etc. 
6.The people who do some high strength work and must suffer from working pressure.
Application people:
The middle-aged and old,the people who are suffering from motility muscle strain
The people who have been using computer for long time
The people who work on IT field
The people who do some high strength work and suffer from working pressure

Specifications;
size 10.5*10.5*10cm
weight 200g
voltage 4.5vAAA×3
power 2W
current 0.3A
massage methods vibration

It is good for health care.

If u interested to have it, kindly contact me; jannah_assyahid@yahoo.co.uk

The price is very affordable! Only RM20.00 per each. (excluding shipping fees)