Pages

Friday 23 September 2011

...A hectic weekend @_@...

Masa ni, aku dan abang ada kat pejabat TV Al-Hijrah. Sabtu ni, boss minta abang bertugas dalam program Assalamualaikum. Pagi2 lagi kami dh sibuk bersiap+kelam kabut sbb terlajak bangun dek kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. 

Lepas ni, kami akan menuju ke destinasi seterusnya. Abg dijemput menjadi pengacara majlis untuk Majlis Hi Tea Raudhatus Sakinah yang akan bermula lepas Zuhur. Majlis akan diisi dgn forum yg akan disampaikan oleh Ustaz Zahazan dan Dr. Rubiah. Alhamdulillah, ada kerusi percuma disediakan buat aku. heheh...

Majlis dijangka tamat pada jam 5.30ptg. Kemudian, kami bercadang nak ke kedai second hand yg menjual peti ais. Huhu..harap2 sempat la...takut2 abg penat. 

Esok pulak, (Ahad) abang akan menjadi panel dalam 1 forum anjuran fakultinya. Kami juga merancang nak buka meja jualan. (nak jual Quran Digital dan Electric Massager)...>> Our 1st trial to approach the target buyers!

Then, petang esok pula...kami nak ambil kunci rumah. Weeeeeeeeeee...(baca: yahuuu..yeay, syoknye) nak masuk rumah baru. Tapi nak kena cuci dulu...dah kering, baru bawa masuk barang2.

Fuuh...-_- harap2 tak la penat sgt...ye la, esoknye nak register UKM. 

Pack betul jadual kami hujung minggu ni.



p/s: kami juga tengah tunggu kelahiran anak saudara minggu depan.

0 comments:

Post a Comment