Pages

Wednesday 14 September 2011

Penghujung Trimester Kedua

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, baru ada mood nak menulis hari ini. Baby dah masuk 6 bulan sekarang. 

(Sekadar gambar hiasan)

12 September 2011 (Isnin), abang menemaniku untuk berjumpa doktor. Kami bersiap awal pagi tu, sbb tak mahu tunggu lama2...maklumlah, klinik An-Nur mmg ramai ibu2 datang nak periksa kandungan. Aku berazam nak rebut nombor awal2...so, leh la abang ke pejabat awal skit...;)
Kami tiba di luar klinik kira2 jam 8.10pagi. Hari tu macam tak ramai. Alhamdulillah. Aku dan abang duduk2 la dulu kat pangkin yg ada di depan klinik. Sambil sembang2 dan tunggu kaunter dibuka, mata aku melilau lilau tgk ibu2 mengandung yg mula datang. Hmmm...tetiba, aku terpandang seorg ibu ni, dia masuk je dalam klinik wlupun kaunter belum dibuka...ohhh..tak kunci ke..rupanya dah boleh letak buku rawatan dalam bakul yg disediakan. Ni 2nd time aku datang, so ade jugak benda yg kurang arif. hehe

Kalau letak awal, dapat la nombor awal2 skit.(aku bermonolog sendirian)

Abang, dah leh masuk la..
Apa lagi, abg pun suruh aku cepat2 masuk dan letakkan kad rawatan. Nak cop nombor...^_^

Alhamdulillah, dapat no. 11. Lepas ujian air kencing dan tekanan darah, berat badanku diambil...huhu..bertambah 2.4kilo! Hmm..penangan hari raya la ni...dulu, berat aku 61.3kg, tp dah naik ke 63.7kg...waaaaah!

Kira2 pukul 10.30pg, sampai giliran aku berjumpa doktor. Alhamdulillah, bayi kami sihat dan normal. Berat pun bertambah hgga mencecah 648g. Hampir pasti, kali ini doktor mengesahkan lagi jantina bayi kami. ^_~ masih sama...Princess!

Doktor nasihatkan aku agar kawal berat badan. Sbb aku cuma boleh bertambah 1kilo dalam masa sebulan. Disebabkan kadar gula dan air kencing masih normal, doktor maafkan sbb hari raya (kata doktor).hehe. Lepas 7bulan, baru boleh bertambah 2kilo stp bulan...ok, faham sudah..=)

A'laa kulli hal, kami bersyukur...smuanya sihat dan normal. Bayaran kali ini, hanya untuk rawatan dan consultation doktor serta ultrasound. Sumenye RM118.00. Then, aku dan abg terus ke pjbt...aku duduk kat surau la sementara nak tunggu abg hbis kerja. Kalau abg nk hantar aku ke rumah semula, banyak kerja pulak. Takpe...best jugak dapat teman abg ke pjbt. Kami dh bajet nak berkelah kat Taman Tasik Perdana...(^_^) Siap bawa bekal nasi dan lauk untuk makan tengah hari.

Hmmm...setakat ni dulu coretan buat kali ni. 

p/s: Baby semakin aktif bergerak2..alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment