Pages

Saturday 3 September 2011

Ini Kisah 22 Minggu...^_^

26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan 1432H.

Petang Jumaat tu, abg bekerja separuh hari je. Hmm..esok lusa, kami dah nak berangkat balik raya kat Muar. Aku pulak teringin nak wat baby scan sebelum raya ni. Boleh tunjuk kat ibu dan mak...^_^

Cari punya cari...google punya google, last2 kami decide untuk wat 3d4d scan kat Ampang @Klinik Fauziah. Yang buat scan tu adalah seorg sonographer. Menurut komen2 yang aku baca dalam internet, ramai yang berpuas hati dgn hasil kerja sonographer ni. Jadi, lps Asar kami berdua bergerak ke Ampang...Abg yang memang terror ^_~ dalam bab2 mencari jalan ni membuatkan aku yakin untuk ke sana, ye la...sian kat abang...takut jugak, jalan jem...nak cari tempat berbuka dsb. 

Memang spt yg djgka, jalan nak ke Ampang memang sgt2 jem! Huh...dugaan...banyak sgt kenderaan, mybe waktu tu bertembung dgn waktu org balik kerja dan waktu org kluar untuk berbuka. (Cobaan...)

Last2, kami sampai kat klinik tu dalam pukul 6.10ptg. Syukurlah, waktu tu takde org yg nak buat scan. Lps bbrapa minit, aku dan suami masuk ke dalam bilik scan tu. Hehe...excited nak tgk rupa baby. Awal2 baby buat gaya sujud...then bila nak tgk muka, malu2 plak anak ummi ni. Sorok muka ye..^_^ 

Lama jugak la, sonographer ni godek2 perut aku dan aku juga terpaksa mengiringkan badan sebab baby tak nak tunjuk muka...hehe...Kami bersyukur sgt, sbb pembesaran anak kami normal...jari2 pun dh terbuka, dh boleh menguap, pegang2 telinga..tendang2..hehehe. Cumel! ^_^ Abang excited tgk baby gerak. Baby tunjuk muka lps kira2 30minit perutku kena godek. ^_~

Baby masih kurus lagi waktu 22minggu ni. So skinny! But, tumbesarannya correlate dgn tempoh yg sepatutnya...Alhamdulillah. Air ketuban aku pula dah tiada masalah. Moment yg paling kami suka tgk, bila baby menguap dan jarinya tunjuk isyarat no.1. ^_^ Hidungnya nampak agak mancung..hmm, ikut hidung sape la ni ye.. ~_^

Lps dah nampak muka, kami pun diberitahu analisa scan tersebut. Tarikh due mengikut scan ialah 28 Disember. Kiranya tarikh due adalah antara 25-28 Disember 2011. Berat baby baru 500++gram dan panjangnya hampir 16cm. 

(Gambar scan baby akan diletakkan kemudian ye)

Kira2 jam 6.45 ptg, semuanya selesai. Kami bergegas mencari surau yg berhampiran. Rezeki kami...pihak surau di kawasan tu ada menyediakan juadah berbuka puasa. Abang sempat berbuka bersama jemaah surau. Usai solat maghrib, kami berdua makan malam di kedai makan dekat dgn klinik tadi. Dan lepas makan, barulah kami bergerak balik ke Nilai. 

Alhamdulillah, sampai juga hajat kami berdua nak tgk baby. ^_^
Thank you Allah.

0 comments:

Post a Comment