Pages

Tuesday 23 August 2011

...Berkorban Apa Saja...

Semalam, (22 Ogos 2011 @ 20 Ramadhan 1432H) aku dan suami pergi ke klinik Mediviron utk pemeriksaan kandungan. Usai berbuka puasa dan solat maghrib, kami berdua bertemu Dr Aniza. Pada asalnya, kami telah pun datang pada sebelah pagi dan hanya sempat utk buat consultation shj. Ada pesakit lain yang perlukan pembedahan kecil ketika itu. Jadi, kami tunda pertemuan dgn doktor pada sebelah malamnya. Aku sempat bertanya pada doktor samada bahaya atau tidak jika mengalami masalah air ketuban yang kurang....dan kesan2 pengambilan ubat untuk tambah darah. Alhmdlh, pnjelasannya membuat aku dan suami lebih faham. Doktor menasihatkan agar aku tidak berpuasa memandangkan air ketubanku yang kurang. Hal ini boleh membuatkan bayi lemas kerana ruang yang sempit utk dia bergerak, tumbesaran terbantut dan menurut pembacaanku dalam internet juga, masalah ini juga boleh menjadi faktor untuk bersalin lebih awal...(-_-) huhu...

Walaupun hajat di hati ini, aku nak berpuasa penuh, namun bagi ibu2 yang bimbangkan keadaan bayi dalam kandungan, diberikan rukhsoh (keringanan) utk tidak berpuasa. Abang bimbang jika sesuatu yang boleh membahayakan si kecil. Jadi, aku berbuka puasa....untuk si kecil yang kami sayangi. Aku juga tidak mahu berlaku zalim padanya. Walaupun aku mampu bertahan utk terus berpuasa, namun mungkin si kecil lebih memerlukan makanan. Ummi berkorban utk mu sayang....Moga2 si kecil kami membesar dgn baik dan sihat.

Alhamdulillah, sebaik tiba di klinik pada pukul 9 lebih, kami terus dijemput masuk ke dalam bilik. Dr Aniza memeriksa keadaan bayi kami. Alhamdulillah, si kecil kami sihat..aktif bergerak...kami nampak denyutan jantungnya yang aktif...Si kecil kami juga kelihatan sedang menghisap jarinya...so cute! ^_^ Cuma jantinanya tak dapat dipastikan....(saje je nak mnta doktor tengok jantina sekali lagi, untuk kepastian)

Syukur padaMu, ya Allah. Walaupun begitu, aku dinasihatkan untuk minum lebih banyak air dan makan makanan berkhasiat. Kadang2 air ketuban ni boleh keluar tanpa kita sedari. Mungkin ia berkurangan atas sebab2 tertentu. Ini kerana, air ketuban juga boleh keluar bersama air kencing. Boleh jadi, si ibu tak sedar akan hal ini. Jadi, aku harus lebih berhati-hati.

 Sekadar gambar hiasan

Lepas ni, abang mahu aku minum banyak air. Bimbang kalau2 berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diriku dan juga si kecil. 

Ya Allah, lindungilah diriku dan kandunganku ini...ameen.

2 comments:

Nadirah said...

syu, ibu mengandung memang wajib minum air banyak (>2L/hari). selain drpd tak bg air ketuban kurang, air jugak penting utk mengelak UTI (Urinary Tract Infection), which is commonly among pregnant mother. Elak kafein (nescafe/coffee), sbb menggalakkan urination & menyebabkan badan kehilangan air ;)

syu_faizie said...

thnx nadirah..bleh crita skit tntang UTI tu?? klu teh bleh minum ke? =)

Post a Comment